Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Gelaran ‘underdog’ jadi pembakar semangat Arsenal

Mar 31, 2024 | 05:30 AM



Meskipun menduduki tangga teratas liga dengan perbezaan gol berbanding pasukan di tempat kedua, Liverpool dan Manchester City di tempat ketiga dengan satu mata di belakang, Arsenal masih dianggap sebagai ‘underdog’ dalam perlumbaan memburu mahkota Liga Perdana England.

Ini ekoran rekod mereka, dalam beberapa tahun lalu, terutama musim lalu, apabila mereka membiarkan Manchester City merampas kejuaraan liga, yang pada suatu masa begitu hampir dalam genggaman pasukan Gunners itu.

“Apabila kita bercakap mengenai memenangi liga, ia adalah sesuatu yang sukar dibicarakan. Anda mesti ada daya tahan mental yang kuat, keupayaan menangani tekanan apabila keadaan benar-benar genting.

“Ini datang dengan pengalaman, malangnya selagi Arsenal tidak mempunyai pengalaman tersebut, mereka akan sentiasa dianggap ‘underdog’,” ujar Gary Neville, bekas kapten Manchester United, yang kini pengulas bola sepak.

Justeru, kemenangan ke atas Manchester City malam ini (11.30 malam waktu Singapura) begitu penting bagi Arsenal.

Tiga mata menentang anak buah Pep Guardiola – pasukan pilihan bagi menjulang piala liga sekali lagi – di kubu City akan membuktikan bahawa Arsenal mempunyai daya tahan dan kekuatan mental, selain keupayaan di padang bola untuk benar-benar menjadi pesaing serius bagi kejuaraan EPL.

“Tanggapan ‘underdog’ itu mungkin akan gugur sekiranya Arsenal mengalahkan Man City,” tambah Neville.

Berbanding dua pesaing mereka, Arsenal adalah pasukan paling menyerlah sebelum liga berehat untuk perlawanan persahabatan antarabangsa dengan lima kemenangan berturut-turut.

Justeru dalam kalangan penyokong dan pemain Arsenal, ada yang agak kecewa dengan label ‘underdog’ tersebut.

Pemain ‘midfield’ Arsenal dan England, Declan Rice, berkata ia mencerminkan sikap kurang menghormati pasukan Gunners itu.

“Ya, saya agak kecewa kerana kami telah membuktikan sepanjang musim bahawa kami pesaing serius. Tapi kami tidak boleh mengawal komen dari orang luar. Apa yang boleh kami lakukan ialah terus membuktikan kepada diri kami menerusi persembahan kami di padang dan keputusan positif,” ujarnya.

Namun, pada masa yang sama, pengurus Arsenal, Mikel Arteta, menekankan beliau tidak terlalu memikirkan soal label dan gelaran underdog itu tidak merunsingkan beliau, malah ia menjadi pembakar semangat.

“Man City dan Liverpool adalah pasukan yang hebat dengan barisan pemain berpengalaman. Arsenal pula pasukan yang terdiri daripada bakat-bakat muda. Namun, kami ‘dahagakan’ kejayaan, kami mempunyai azam yang tinggi, dan kami juga mempunyai kebolehan di padang.

“Bagi saya yang penting ialah untuk menunjukkan kualiti kami setiap kali pasukan turun padang. Jika pasukan ini boleh melakukan demikian sehingga akhir musim, kami akan dapat ganjarannya,” ujar pengurus asal Sepanyol itu.

Dalam perlawanan menentang City, kualiti Arsenal akan benar-benar diuji.

Anak buah Pep Guardiola itu mempunyai tabiat mula meningkatkan persembahan mereka pada penghujung musim, apabila pesaing-pesaing mereka mula berasakan kesan musim yang panjang.

“Kami tahu kualiti Man City, bukan hanya dari segi perlawanan ini tapi apa yang mampu mereka lakukan dalam perlawanan-perlawanan seterusnya sehingga akhir musim,” kata Arteta yang pernah menjadi penolong kepada Guardiola di City sebelum dilantik pengurus Arsenal.

“Dengan itu, penting bagi Arsenal fokus kepada persembahan kami sendiri dan menganggap perlawanan (malam ini) sebagai satu perlawanan daripada 10 perlawanan sehingga akhir musim. Kita harus kekal fokus, walau apa pun yang diperkatakan orang luar,” tegas Arteta. – Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >