Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ghairah ke mana saja demi S'pura

Dec 29, 2022 | 05:30 AM



SEORANG penyokong sepanjang hayat pasukan bola sepak nasional, Cik Siti Naemah Keta, berasa teruja dapat menonton perlawanan pasukan Singa di stadium, baik di Singapura mahupun di luar negara.



Keterujaannya semakin meningkat apabila Singapura baru-baru ini memulakan kempen Piala Persekutuan Bola Sepak (AFF) 2022 mereka pada 24 Disember lalu dengan kemenangan 3-2 atas Myanmar di Stadium Jalan Besar.



Bekerja sebagai seorang eksekutif, pencinta bola sepak yang berusia 55 tahun itu telah menyokong pasukan nasional sejak lama lagi dan cuba sedaya upaya untuk menghadiri setiap perlawanan pasukan Singa jika beliau tidak bekerja.



"Semasa saya kanak-kanak, ayah saya pernah bekerja di stadium dan sering mendapat tiket percuma untuk menonton perlawanan Singapura.



"Keluarga saya sering pergi bersama dan ketika itulah minat saya terhadap bola sepak tempatan bermula," kongsi Cik Siti kepada Berita Harian (BH).



Apa yang lebih menggembirakan Cik Siti daripada menonton pasukan nasional bermain di depan mata adalah menyokong pasukan nasional di tempat lawan.



Beliau akan pergi ke Kuala Lumpur untuk menyokong pasukan Singa dalam perlawanan terakhir Kumpulan B menentang musuh ketat, Malaysia, di Stadium Bukit Jalil 3 Januari 2023.



"Saya tidak sabar untuk pergi ke sana dan menunjukkan sokongan saya kepada mereka.



"Sebagai penyokong, kami mempunyai tanggungjawab menceriakan pemain supaya mereka dapat memberikan persembahan terbaik. Jika kami tidak melakukannya, siapa lagi?



"Selain itu, suasana menonton perlawanan langsung dalam stadium adalah berbeza. Anda boleh merasai keseronokan apabila bersorak bersama-sama dengan rakan senegara," tambah Cik Siti.



Beliau akan pergi ke Kuala Lumpur bersama lebih 20 peminat Singapura yang lain sebagai sebahagian daripada kumpulan yang ditubuhkan oleh Singapore Die Hard Fans, sebuah platform rangkaian di Facebook yang menganjurkan perjalanan untuk perlawanan di tempat lawan.



Cik Siti, yang menganggap sebahagian daripada peminat tersebut sebagai kawan rapat, mula mengenali mereka melalui platform mesej WhatsApp yang dicipta oleh pengasas Singapore Die Hard Fans, Encik Akbar Hashim.



Encik Akbar berkata beliau telah menganjurkan perjalanan sedemikian selama hampir 40 tahun dan akan terus berbuat demikian untuk menunjukkan sokongannya kepada pasukan nasional Singapura.



Ketika bercakap kepada BH, beliau berkata kerumitan perjalanan tidak mengapa asalkan beliau boleh berada di sana untuk menyokong pasukan Singa dalam perlawanan di tempat lawan.



"Saya masih ingat, saya pergi ke Myanmar untuk menyokong Singapura dalam Sukan SEA beberapa tahun lalu.



"Saya menaiki teksi ke stadium dan bayarannya sekitar AS$200 ($270)," kata Encik Akbar sambil mengenang kembali pengalaman itu.



Encik Akbar turut berkongsi sambutan untuk Piala AFF tahun ini adalah baik, dengan lebih 90 orang telah membeli tiket. Oleh itu, beliau terpaksa menyewa dua bas koc untuk perjalanan ke Kuala Lumpur.



"Bagi saya, tidak mengapa jika pasukan nasional kalah. Apa yang paling penting adalah mereka sedar bahawa mereka tidak bersendirian dan kami, para penyokong, ada bersama mereka walaupun jauh dari rumah," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >