Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SAJIAN KHAS HARI INI: BERSAMA LEGENDA SUKAN

Giggs, Butt beri inspirasi pada kanak-kanak dan belia

Dec 03, 2021 | 05:30 AM



DETIK istimewa.



Itulah kata peminat bola sepak Madinah Wong, 12 tahun, mengenai pertemuannya dengan dua legenda kelas tahun 1992 Manchester United - Ryan Giggs dan Nicky Butt - di restoran Tash Tish Tosh di Marina Cove semalam.



Murid Sekolah Rendah Ngee Ann itu antara 19 kanak-kanak dan belia daripada The Hut - pertubuhan tidak mencari untung raih dan pusat bantuan bagi kanak-kanak dan belia keluarga kurang bernasib baik - yang diundang meraih inspirasi daripada perjalanan bola sepak dua bekas pemain Red Devils itu.



Acara inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu anjuran platform bola sepak digital ZujuGP dengan kerjasama The Hut, yang ditubuhkan Januari lalu dan berpangkalan di Marine Parade, menyediakan ruang selamat bagi kanak-kanak dan belia kurang bernasib baik berusia lima hingga 15 tahun melakukan kegiatan bersama rakan sebaya dalam kejiranan mereka.



Giggs dan Butt berada di Singapura bagi menyertai beberapa acara ZujuGP. Turut hadir di acara semalam ialah Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, yang juga Anggota Parlimen GRC Marine Parade.



Wong, yang bermain bola sepak sebagai kegiatan ko-kurikulum (CCA) di sekolah, berkata: "Saya rasa sangat gembira sebab saya belum pernah jumpa pemain bola sepak antarabangsa dari luar negara."



Peminat Barcelona itu, yang idolanya Lionel Messi, bersemangat mendengar perkongsian Giggs dan Butt.



"Saya mahu menjadi seperti mereka. Saya harap satu hari nanti saya dapat menjadi pemain bola sepak," ujar Wong.



Di sesi sejam itu, kanak-kanak dan belia yang hadir bertanya pelbagai soalan kepada Giggs dan Butt, termasuk motivasi bagi menjadi pemain bola sepak dan pengajaran besar dalam kerjaya mereka.



Butt, yang beraksi 270 kali untuk United, berkata: "Dalam bola sepak, anda harus berlatih, berlatih dan berlatih. Tidak kira apa yang anda ingin lakukan, anda perlu fokus dan berusaha gigih."



Ditanya apa paling ditakutinya dalam menyarung jersi United, Giggs, 48 tahun, menjawab: "Sebagai pemain United, anda mahu beraksi dalam semua perlawanan. Saya paling takut kalau saya tidak dibariskan dalam skuad."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >