Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Gilang-gemilang...Sukan Asia Hangzhou akhirnya bermula

Sep 23, 2023 | 10:41 PM



HANGZHOU, CHINA: Cahaya lampu menerangi sekitar Hangzhou pada Sabtu malam menjadikan bandar China itu tumpuan utama benua ini apabila edisi Sukan Asia yang ke-19 akhirnya membuka tirai walaupun lewat setahun.

Sukan Asia Hangzhou awalnya dijadual berlangsung pada tahun lalu tetapi ditunda dek peraturan sifar-Covid China yang ketat.

Bak pepatah, biar lambat, asalkan selamat.

Negara tuan rumah China memastikan penantian itu berbaloi ketika mementaskan majlis pembukaan Sukan Asia yang penuh gah lagi gemilang.

Persembahan lampu yang berwarna-warni menyalakan bangunan tinggi di bandar timur China itu untuk menghidupkan semangat dan keghairahan warga tempatan sebelum majlis pembukaan.

Pada 8 malam, tumpuan beralih ke “Teratai Besar” yang bernyala, iaitu nama gelaran Stadium Pusat Olimpik Hangzhou yang berbentuk bunga teratai, dan aksi di dalamnya.

Paparan lampu dan visual moden menggunakan teknologi seperti realiti terimbuh (AR) sepanjang majlis pembukaan selama satu setengah jam itu membuat sekitar 80,000 penonton di stadium rasa teruja.

Persembahan bungi api yang luar biasa menyempurnakan lagi acara yang memukau itu.

Presiden China, Encik Xi Jinping mengisytiharkan pembukaan Sukan Asia Hangzhou, yang bermula pada Sabtu hingga 8 Oktober.

Lebih 12,000 atlet mewakili 45 negara dan wilayah di seluruh Asia berada di Hangzhou untuk bersaing dalam 40 sukan.

Dengan tema “Heart to Heart @Future”, temasya sukan Hangzhou adalah edisi Sukan Asia yang terbesar dan menampilkan lebih ramai atlet dari Sukan Olimpik. 

Singapura akan diwakili 431 atlet merentasi 32 sukan, iaitu kontinjen terbesar negara di Sukan Asia.

Mereka dipimpin oleh pelawan pedang, Amita Berthier dan atlet wushu, Jowen Lim, yang membawa bendera Singapura dalam majlis pembukaan pada malam Sabtu

Duo itu disertai 127 anggota Team Singapore yang terdiri daripada chef de mission, Koh Koon Teck, pegawai, kakitangan sokongan dan atlet dari sukan seperti lawan pedang, hoki dan menembak.

Berthier, 22 tahun, berkata: “Majlis pembukaan ini sungguh menarik. Ia rasa menakjubkan dapat berarak bersama rakan atlet Team Singapore dan ia membuatkan saya rasa bangga menjadi pembawa bendera bersama Jowen. 

“Kegembiraan ini melebihi jangkaan, saya tidak sabar untuk bertanding dan mengalami baki temasya sukan ini.”

Lim, 24 tahun, pula menambah: “Menjadi pembawa bendera adalah salah satu pengalaman terbaik yang saya alami sebagai seorang atlet. Saya berasa sangat bangga menjadi warga Singapura, dan saya amat berterima kasih atas peluang ini. 

“Ia merupakan permulaan yang baik untuk temasya sukan di Hangzhou dan saya berharap saya boleh membanggakan Singapura di pentas sukan.”

Semasa Sukan Asia 2018 di Jakarta, Singapura menduduki tangga ke-18 dalam pungutan pingat dengan 22 butir – empat emas, empat perak dan 14 gangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >