Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan Asia Hangzhou tetap berlangsung walau lewat setahun

S’pura hantar kontinjen terbesarnya dengan 431 atlet merentasi 32 sukan
Sep 22, 2023 | 04:00 PM



Atlet sudah lama gigih berlatih. Pentas sudah siap. Malam ini, tirai Sukan Asia Hangzhou akan dibuka.

Ia bermakna bermulanya edisi ke-19 temasya sukan itu di Hangzhou, China, walaupun terlewat setahun disebabkan pandemik Covid-19.

Asalnya dijadual berlangsung pada September 2022, ia kini akan berjalan dari hari ini hingga 8 Oktober.

Tumpuan kini diberi pada atlet terhebat benua terbesar di dunia.

Biarpun terlewat, penangguhan itu menjanjikan acara luar biasa dan penuh gah oleh negara tuan rumah.

Malah, Sukan Asia Hangzhou adalah edisi terbesar dalam sejarah temasya sukan itu.

Lebih 12,000 atlet dari 45 negara akan bersaing dalam 40 sukan, termasuk olahraga, renang, bola sepak, kapal layar dan menembak.

Sukan elektronik (e-sukan) dan tarian ‘break dance’ buat kali pertama akan dipertandingkan dalam Sukan Asia ini.

Sebanyak 54 tempat pertandingan – 14 daripadanya baru dibina – yang kebanyakannya di Hangzhou dan bandar berdekatan seperti Wenzhou, Ningbo, Jinhua dan Shaoxing akan menjadi medan persaingan atlet.

Ia termasuk Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, yang boleh menampung hingga 80,000 penonton.

Stadium canggih itu, yang dinamakan Teratai Besar kerana bentuknya bak bunga teratai, akan menganjurkan majlis pembukaan malam ini.

Tiga perkampungan sukan yang menyediakan 727 unit flat dan pelbagai kemudahan disediakan bagi atlet, media dan pegawai teknikal.

Sejumlah 50,000 relawan dikerahkan di tempat-tempat rasmi temasya sukan.

Penangguhan itu turut memberi manfaat kepada atlet Team Singapore, dengan beberapa daripada mereka layak ke Hangzhou selepas pertandingan antarabangsa diadakan.

Ia menyaksikan Singapura menghantar kontinjen terbesarnya ke Sukan Asia. Seramai 431 atlet merentasi 32 sukan akan mewakili Singapura di Hangzhou.

Pasukan besbol lelaki Singapura akan membuat penampilan sulung di Sukan Asia selepas persembahan bersejarah mereka dalam Piala Besbol Asia Timur pada Mei.

Mereka mengalahkan pemenang pingat perak Sukan SEA 2019 Thailand 10-0 dalam Pusingan Super, meskipun menduduki tempat keempat.

Atlet taekwondo Diyanah Aqidah, yang memenangi pingat perak dalam acara individu ‘recognised poomsae’ wanita dan gangsa dalam acara pasangan ‘recognised poomsae’ campuran di Sukan SEA Kemboja pada Mei, antara lain, juga mendapat restu Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) untuk ke Hangzhou.

Dengan tempoh persiapan yang lebih lama, atlet Singapura juga mempunyai lebih masa untuk berlatih dan mencapai prestasi mantap menjelang Sukan Asia ini.

Ratu lari pecut Shanti Pereira mencapai kemenangan bersejarah dalam acara 100 meter dan 200 meter di Kejohanan Asia pada Julai dan sebulan kemudian, menempah tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024 dan menjadi warga Singapura pertama mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia Olahraga.

Pada bulan yang sama, juara dunia belia luncur lelayang tiga kali Maximilian Maeder memenangi gelaran dunia senior pertamanya di Kejohanan Dunia Kapal Layar, sekali gus layak ke Paris – pelayar kapal pertama Singapura melayakkan diri ke Sukan Olimpik.

Kededuanya mempunyai peluang baik untuk naik ke podium di Hangzhou.

Bagaimanapun, Chef-de-mission Koh Koon Teck enggan berkongsi sasaran Team Singapore atau menamakan atlet yang berpotensi memenangi pingat, lapor The Straits Times.


Bercakap semasa upacara penyerahan bendera pada Ogos, beliau berkata:

“Sasaran kadangkala di luar kawalan kami, jadi ada dua matlamat yang ingin kami capai: Satu, berharap atlet kita akan mencapai sasaran peribadi mereka yang ditetapkan oleh mereka bersama jurulatih mereka dan juga persembahan pasukan.

“Nombor dua ialah harapan agar semua atlet menjadi duta Singapura, pergi ke sana dan memaparkan persembahan terbaik yang boleh Singapura tunjukkan kepada dunia atau sekurang-kurangnya kepada atlet di negara-negara Asia ini dan menikmati temasya itu.”

Pada Sukan Asia 2018 di Jakarta, Singapura menduduki tangga ke-18 dalam pungutan pingat dengan 22 butir – empat emas, empat perak dan 14 gangsa. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >