Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gimnas Jepun rangkul emas kedua hasil aksi sempurna

Aug 1, 2024 | 3:03 PM
Gimnas Jepun, Shinnosuke Oka, meraikan pingat emas dalam Olimpik Paris. Beliau menyempurnakan aksinya tanpa sebarang kesilapan dalam keseluruhan pertandingan.
Gimnas Jepun, Shinnosuke Oka, meraikan pingat emas dalam Olimpik Paris. Beliau menyempurnakan aksinya tanpa sebarang kesilapan dalam keseluruhan pertandingan. - Foto AFP

PARIS: Tumpuan banyak tertuju kepada atlet gimnas Jepun, Daiki Hashimoto, semasa acara gimnastik lelaki di Olimpik Paris.

Namun rakan negaranya, Shinnosuke Oka, lebih menyerlah berbanding Hashimoto.

Oka, 20 tahun, atlet gimnas termuda dalam pasukan lima orang Jepun, berjaya mendapatkan pingat emas keduanya pada 31 Julai, dengan mengatasi dua saingan dari China.

Jepun juga berjaya mengatasi China dalam acara pasukan pada 29 Julai.

“Saya mempunyai keinginan kuat untuk menang, dan saya tahu jika saya dapat atasi Hashimoto, saya boleh menang acara ini,” kata Oka kepada pihak media.

“Ia sungguh hebat apabila saya dapat menghabiskan Olimpik ini tanpa melakukan sebarang kesilapan,” tambah beliau.

Oka, yang membuat penampilan Olimpik pertamanya, berkongsi bahawa Hashimoto terus memberikan kata-kata semangat semasa menyaksikannya beraksi, walaupun matlamat Hashimoto untuk mendapatkan pingat kedua berturut-turut kelihatan seperti ia tidak akan tercapai.

Oka mempamerkan ketenangan dan keyakinan semasa menjalani rutin demi rutin tanpa kesilapan, tidak seperti Hashimoto dan pemenang pingat perak, Zhang Boheng serta hampir semua pesaing lain di Bercy Arena.

“Saya hanya berikan segalanya dan itu hebat bagi saya. Saya tidak panik, dan saya berani,” jelas beliau.

Namun Oka akui bahawa beliau rasa gementar semasa ingin mulakan aksi terakhirnya, di palang tinggi, kerana jurang beliau antara pemenang dunia 2021, Zhang, sangat tipis.

Dari segi mental dan kemahiran, masih banyak lagi ruang untuk dibaiki, kata beliau.

“Saya benar-benar berasakan bahawa (dua pemenang pingat China) mempunyai tahap kesempurnaan yang lebih tinggi,” kata Oka, yang diapit Zhang dan pemenang pingat gangsa, Xiao Ruoteng pada sidang media.

Dengan masa depan yang cerah di hadapannya dan kini mempunyai pingat Olimpik individu, Oka berazam untuk mencapai impian lebih tinggi.

“Saya mahu memastikan saya tidak melupakan semangat, cabaran dan kerja keras supaya saya boleh terus menang,” kata Oka. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg