Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA

Gol Giroud bantu Perancis atasi England

Dec 12, 2022 | 05:30 AM



DOHA: Olivier Giroud berkata Perancis perlu menggunakan sepenuhnya ketahanan mental mereka sebelum melakar kemenangan 2-1 ke atas England pada suku akhir Piala Dunia di Qatar awal pagi semalam.



Tandukan penyerang AC Milan itu 12 minit sebelum tamat perlawanan membantu juara bertahan, Perancis, layak ke separuh akhir awal pagi Khamis ini selepas Harry Kane mensia-siakan sepakan penalti pada saat akhir, yang kedua buatnya dalam perlawanan itu.



Kane menyamakan kedudukan menerusi tendangan penalti sejurus selepas rehat separuh masa, selepas Aurelien Tchouameni menjaringkan gol mengagumkan dari jarak jauh bagi membolehkan Perancis mendahului pada minit ke-17.



"Ia luar biasa. Kami bekerja keras untuk mempertahankan benteng ketika mendahului kedudukan. Ia mengingatkan saya kepada Belgium pada 2018," kata Giroud, merujuk kepada kemenangan 1-0 Perancis pada separuh akhir empat tahun lalu di Russia.



"Malangnya kami menghadiahkan lawan sepakan penalti. Tetapi kami tetap berbahaya dalam beberapa peluang serangan pada hujung perlawanan."



"Anda perlu sentiasa percaya dan (Antoine) Griezmann mengumpan kepada saya bola yang hebat (untuk menjaringkan gol)."



"Saya sangat bangga. Kami mempamerkan persembahan terbaik malam ini.



"Kami sedar potensi generasi muda pasukan England ini. Mereka mempunyai segala-galanya. Kami terpaksa menggunakan kekuatan mental untuk mengatasi mereka," tegasnya. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >