Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Gol Haaland letak usaha City pertahan mahkota di tangan sendiri

Di tangga kedua, satu mata saja di belakang Liverpool
Feb 21, 2024 | 04:46 PM



MANCHESTER: Erling Haaland menjaringkan gol tunggal penting pada minit ke-71 apabila Manchester City akhirnya membolosi benteng pertahanan Brentford yang kukuh untuk merapatkan jurang di puncak Liga Perdana England (EPL) kepada hanya satu mata.


Ia nampaknya akan menjadi satu malam yang mengecewakan bagi pasukan bimbingan Pep Guardiola itu, tetapi mereka bernasib baik dapat menjaringkan gol.

Pemain pertahanan Brentford, Kristoffer Ajer, nanmpaknya dapat mengawal keadaan apabila Julian Alvarez menghantar bola ke arah gawang Brentford untuk memulakan satu serangan balas City.

Namun apabila Haaland mengejar, Ajer tergelincir dan tidak dapat bangkit apabila penyerang City itu merampas bola dan melepasi Ajer.

Penyerang berusia 23 tahun itu kemudian menjaringkan gol dengan mudah.

Ia gol ke-22 Haaland musim ini dan bermakna beliau telah menjaringkan gol terhadap setiap pasukan EPL yang telah dihadapinya.

Lebih penting, gol itu membolehkan City menggantikan Arsenal di tangga kedua liga dengan 56 mata.

Ini juga bermakna keupayaan City mempertahankan mahkota EPL mereka untuk mencapai rekod empat kejuaraan liga secara berturut-turut berada dalam tangan mereka sendiri apabila mereka menentang pasukan di tangga teratas EPL, Liverpool, yang mempunyai 57 mata, pada 10 Mac.

Walaupun ia bukan keputusan tidak dijangka bagi Brentford kerana City menguasai perlawanan itu, cara mereka kalah agak mengecewakan.

Pasukan bimbingan Thomas Frank itu jauh lebih teratur berbanding semasa mereka kalah teruk kepada Liverpool pada 17 Februari.

Namun, dengan hanya enam mata daripada 11 perlawanan, Brentford hanya lima mata di atas zon penyingkiran dan masih mencari peningkatan mantap untuk mengelak daripada tersingkir daripada EPL.

Selepas gagal menjaringkan gol semasa menentang Chelsea, Haaland memulakan perlawanan ini dengan kesungguhan menjaringkan gol sejak wisel ditiup.

Pada permulaan perlawanan, apabila hantarannya melepasi Julian Alvarez, Haaland mengejar bola, mendapatkannya semula dari Sergio Reguilon dan cuba menjaringkan gol, namun ia diselamatkan penjaga gawang Brentford, Mark Flekken.

Walaupun terdapat kekecewaan beliau tidak berjaya menjaringkan gol itu, ramai yang masih menjangka Haaland akan menjadi pemain yang menjaringkan gol pertama perlawanan tersebut.

Phil Foden, yang mendapat hatrik apabila dua pasukan itu bertemu pada 6 Februari, mempunyai peluang juga tetapi tidak memanfaatkannya dan akhirnya percubaannya terlepas sasaran.

Ajer, dan Brentford, tidak bernasib baik dalam cara Haaland melepasi mereka, tetapi apabila Haaland berdepan satu lawan satu dengan Flekken, jaringan untuk Haaland sudah pasti.

Haaland juga mendapatkan gol kedua City, tetapi jaringan daripada tandukan jarak dekatnya dibatalkan kerana Kyle Walker yang didapati ofsaid.

Haaland kini mempunyai dua gol lebih banyak daripada Mohamed Salah daripada Liverpool dalam persaingan mendapatkan But Emas bagi menjadi penjaring terbanyak EPL.

Siapa di antara mereka berdua yang memenanginya dijangka memainkan peranan penting dalam menentukan juara EPL musim ini.

Pada separuh masa kedua, Brentford mempunyai peluang untuk mendahului City tetapi Frank Onyeka tidak memanfaatkan peluang tersebut.

Haaland juga menyerlah apabila berjaya mempertahankan gawangnya daripada tendangan sudut Brentford pada waktu tambahan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >