Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jordan, Iraq menang besar ke atas M’sia, Indonesia

PIALA ASIA
Jan 16, 2024 | 03:37 PM



DOHA: Jordan membaham Malaysia 4-0 dalam Piala Asia dan Iraq mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Indonesia ketika pasukan Asia Barat menunjukkan taring mereka dalam aksi pembukaan kumpulan pada 15 Januari.


Pada hari yang menyaksikan setiap perlawanan menampilkan empat gol, kemenangan besar Jordan membawa mereka ke puncak Kumpulan E – di atas Korea Selatan, yang mengalahkan Bahrain 3-1 dalam satu lagi perlawanan.

Pemain sayap Jordan, Mahmoud Al-Mardi, mencalonkan dirinya sebagai pencabar awal bagi gol terbaik kejohanan itu apabila rembatan cantiknya dari luar kotak penalti melambung di atas penjaga gol ke sudut gawang untuk meletakkan pasukannya di depan.

Musa Al-Taamari menggandakan jaringan selepas menyempurnakan sepakan penalti yang dianugerahkan kerana kekasaran pada Yazan Al-Naimat menyusuli semakan VAR, sebelum Al-Mardi menjadikan kedudukan 3-0 dengan gol keduanya dari jarak dekat hasil hantaran Al-Naimat.

Al-Taamari menyumbat gol keduanya apabila beliau merembat bola tinggi melepasi penjaga gol pada minit ke-85 untuk melengkapkan kemenangan itu.

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon, memohon maaf kepada penyokong atas persembahan anak didiknya.

Pengendali dari Korea Selatan itu menjelaskan bahawa pemainnya sudah mencuba sedaya upaya tetapi terpaksa akur dengan kehebatan Jordan.

“Tahniah kepada Jordan, mereka beraksi dengan bagus. Bagi pihak kami, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.

“Kami sudah cuba memberikan yang terbaik, malangnya kami tidak berjaya. Saya memohon maaf. Masih ada dua perlawanan lagi (dalam Kumpulan E) dan kami harus pandang ke depan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Seperti Malaysia, Indonesia juga membuat penampilan pertama dalam Piala Asia sejak 2007. Walaupun mampu bertahan membendung asakan Iraq selama 45 minit, mereka ‘kehabisan tenaga’ pada separuh masa kedua.

Pemain Iraq, Mohanad Ali, membuka jaringan selepas berjaya menembusi benteng Indonesia, tetapi Marselino Ferdinan menyamakan kedudukan ekoran aksi mantap Yakob Sayuri, yang mengelak terkaman pemain lawan sebelum membuat hantaran lintang ke dalam kotak penalti untuk gol mudah.

Bagaimanapun, Iraq membolosi gawang Indonesia lewat dalam masa tambahan sejurus sebelum rehat apabila Osama Rashid menjaringkan gol dari jarak dekat selepas penjaga gol gagal menangkap bola dengan kemas ekoran satu rembatan. 

Pemain gantian, Aymen Hussein, menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-75 menerusi satu rembatan voli dari tepi kotak penalti selepas berjaya mengawal satu tandukan.

Hasil kemenangan itu, Iraq menduduki tempat kedua Kumpulan D di belakang juara empat kali, Jepun, yang menewaskan Vietnam 4-2 pada 14 Januari.

Sementara itu, pengurus pasukan Indonesia, Endri Erawan, berkata pihaknya sudah menghantar bantahan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berkaitan gol kedua Iraq.

Jaringan itu mencetuskan kontroversi kerana dikatakan ofsaid.

Menurut Endri, surat bantahan sudah diserahkan kepada pegawai perlawanan. Beliau berharap perkara sama tidak akan berulang. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >