KORHOGO (Ivory Coast): Kejutan demi kejutan berlaku dalam Piala Negara-Negara Afrika (Afcon).
Kali ini giliran juara Afcon 2004, Tunisia, pula tumpas di tangan Namibia dalam perlawanan yang berlangsung pada 16 Januari.
Gol tunggal perlawanan itu diperoleh pada minit ke-88 hasil tandukan Deon Hotto, yang memastikan kemenangan bagi Namibia.
Pasukan bergelar Brave Warriors, atau Wira Berani, itu, yang berada di tangga ke-115 dalam ranking dunia dan belum pernah menang dalam sembilan perlawanan Afcon mereka sebelum ini, ternyata layak memenangi perlawanan itu.
Tunisia berada di tangga ke-87 dalam ranking Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).
Keputusan itu meletakkan Namibia di tangga kedua Kumpulan E di belakang Mali, yang menang 2-0 ke atas Afrika Selatan.
Namibia, yang gagal layak ke pertandingan ini pada 2021, berada dalam kumpulan yang bersama Tunisia, yang telah 16 kali bermain dalam pertandingan ini dan melangkah ke suku akhir dalam tiga daripada empat edisi pertandingan itu, selain menduduki tempat keempat pada 2019.
Pengurus Namibia, Collin Benjamin, telah berikrar bahawa skuad kendaliannya akan memastikan mereka bermain dengan sikap bak wira berani dan sedia berhadapan dengan mana-mana pasukan. – Agensi berita.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg