Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Gol lewat Joselu bawa Sepanyol ke final Liga Negara-Negara

Jun 16, 2023 | 11:57 AM



ENSCHEDE (Belanda): Pemain gantian, Mato Joselu, menjaringkan gol tiga minit sebelum wisel penamat ditiup pengadil bagi membolehkan Sepanyol mara ke final Liga Negara-Negara Eropah.


Pasukan bimbingan Luis de la Fuente itu menang 2-1 dan akan bertemu Croatia di Rotterdam pada Ahad.

Dua tahun lalu Sepanyol tewas kepada Perancis dalam final pertandingan yang sama.

Italy pula akan menentang Belanda untuk berebut pingat gangsa.

Sepanyol ternyata menguasai kelekaan Italy di bahagian pertahanan untuk mendahului di minit ketiga menerusi jaringan Yeremy Pino, yang tenang menjaringkan gol.

Namun Italy menyamakan kedudukan pada minit ke-11 menerusi jaringan penalti oleh Ciro Immobile apabila bola terkena tangan Robin Le Normand dalam petak penalti.

Ini merupakan jaringan antarabangsa pertama Immobile dalam dua tahun.

Sedang perlawanan hampir di penghujungnya dan apabila kededua pasukan bak ketandusan idea untuk menjaringkan gol kemenangan, nasib menyebelahi Sepanyol.

Rembatan kencang Rodri mengena dua pemain pertahanan Italy sebelum jatuh di kaki Joselu yang dengan tenang menolak bola masuk ke gawang lawan.

Sepanyol akan berdepan Croatia yang pernah mereka tewaskan dengan jaringan 5-3 ketika masa tambahan, dalam 16 pasukan terakhir Kejohanan Eropah (Euro) 2020.

“Pasukan kami bermain dengan baik,” kata Joselu kepada pemberita.

“Kami menguasai hampir keseluruhan separuh masa kedua, namun gol sukar diperolehi.

“Saya keseorangan selepas Rodri melepaskan rembatan, dan bola jatuh di kaki saya. Saya memang yakin yang saya tidak berada dalam kedudukan ofsaid.

“Saya gembira dengan jaringan saya itu kerana kami kini dalam final dan peluang menjulang trofi,” tambahnya.

Keputusan pada Khamis di Enschede itu merupakan ulangan separuh akhir Liga Negara-Negara 2021 antara kededua pasukan dan menjadi pertarungan antara penguasaan Sepanyol dengan serangan balas pantas Italy.

Dalam perlawanan pada Khamis, Sepanyol menguasai 61 peratus perlawanan namun seperti sebelum ini, mereka mendapati sukar memanfaatkannya.

Gol pertama Sepanyol dijaringkan Yeremy yang menolak bola masuk ke hujung sudut gawang lawan.

Italy juga bernasib baik apabila bola terkena tangan Normand yang cuba mengawal bola semasa serangan Italy dan tendangan penalti Immobile mengelirukan penjaga gawang Sepanyol, Unai Simon.

Permainan agak membosankan dalam 20 minit terakhir, sebelum Joselu yang baru masuk ke padang selama tiga minit, kemudian berada dalam kedudukan dan masa yang tepat untuk menjaringkan gol.

“Sepanyol layak ke final, meskipun gol kemenangan di akhir permainan.

“Kami cuba beri tentangan, namun tidak dapat berbuat banyak dalam separuh masa kedua,” kata jurulatih Italy, Roberto Mancini. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >