Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Haaland kritik pengadil di media sosial lepas City, Spurs seri

Tidak puas hati keputusan kontroversi
dalam perlawanan berakhir 3-3
Dec 04, 2023 | 02:46 PM



MANCHESTER: Penyerang Manchester City, Erling Haaland, mengkritik pengadil Simon Hooper di media sosial kerana membuat keputusan kontroversi semasa perlawanan menentang Tottenham pada 4 Disember, yang berakhir dengan seri 3-3.


Penyerang Norway itu berang terhadap Hooper selepas City dinafikan peluang berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol Spurs pada saat-saat akhir perlawanan di Stadium Etihad itu.

Haaland antara beberapa pemain City yang membantah keputusan Hooper, dan meneruskan bantahannya selepas perlawanan dengan menyiarkan semula rakaman kejadian itu di media sosial X (sebelum ini dipanggil Twitter), dengan komen ‘Wtf’, yang merupakan slanga kata lucah.

Kejadian yang menimbulkan kemarahan City itu berlaku pada minit kelima masa kecederaan apabila Haaland dikasari tetapi berdiri semula untuk pusing dan membuat hantaran kepada Jack Grealish.

Hooper pada mulanya kelihatan mengakui kekasaran tersebut tetapi membenarkan perlawanan diteruskan, namun kemudian meniup wiselnya untuk menghentikan perlawanan dan memberi sepakan percuma kepada City.

Keputusan itu membawa kepada bantahan City dan kritikan pengulas.

Bekas pemain Spurs, Jermaine Jenas, memberitahu rancangan Match of the Day BBC:


“Saya fikir ia (keputusan itu) adalah satu kejutan. Saya tidak pasti apa yang Simon Hooper fikirkan. Adalah jelas ia satu kesilapan tetapi ia adalah satu kesilapan besar pada pendapat saya.”

Bekas pemain tengah England, Leon Osman, bersetuju bahawa keputusan Hooper adalah satu kesilapan besar.

“Tidak boleh lari daripada kesilapan itu dengan teknologi yang kita ada tetapi saya mempunyai sedikit simpati. Beliau (Hooper) terus mengangkat tangannya. Tetapi semua orang akan berbincang tentang kesilapan ini,” ujar Osman.

Di samping itu, bekas pertahanan Manchester City, Micah Richards, memberitahu Sky Sports bahawa ada begitu banyak keadaan apabila perlawanan dibenarkan untuk diteruskan.


“Jika anda ragu-ragu, biarkan perlawanan itu diteruskan dan anda sentiasa boleh memberhentikannya. Itulah sebabnya City berasa terkilan,” kata Richards.

Dengan rasa marah tentang keputusan yang dibuat, pemain dan kakitangan City sekali lagi mengelilingi pengadil pada tamat perlawanan untuk menghujahkan kes mereka, dengan Haaland paling berang.

Pengurus City, Pep Guardiola, dapat menenangkan semula suasana ketika bercakap kepada media.

Ketika ditanya tentang kejadian itu oleh Sky Sports, Guardiola berkata: “Soalan seterusnya. Saya tidak akan membuat ulasan seperti Mikel Arteta.”


Tidak mahu mengikut jejak pengurus Arsenal Arteta, yang didenda Persatuan Bola Sepak, Guardiola lebih berterus terang dalam temu bual itu.

“Kadang-kadang saya marah terhadap pengadil, tetapi di sini saya tidak. Orang selalu boleh melakukan kesilapan.

“Saya terkejut apabila beliau mahu meniup wisel apabila Erling dikasari, tetapi selepas Erling berdiri semula dan membuat hantaran, beliau membenarkan perlawanan diteruskan.

“Tetapi apabila bola sampai ke Jack (Grealish), beliau kemudian meniup wisel,” ujar Guardiola.

Apabila ditanya secara khusus mengenai tindak balas Haaland selepas wisel penamat, Guardiola berkata “ia perkara biasa” dan “reaksinya sama dengan 10 pemain yang lain”. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >