Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Klopp anggap empat gol Liverpool ‘bermutu paling tinggi’

Dec 04, 2023 | 01:06 PM



ANFIELD: “Saya rasa saya tidak pernah menyaksikan satu perlawanan yang menghasilkan sebegini banyak jaringan yang cantik.”


Itulah kata-kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, kepada Sky Sports selepas pasukannya menundukkan Fulham 4-3 pada 3 Disember dalam aksi Liga Perdana England (EPL), dengan kesemua gol layak dipertandingkan bagi jaringan terbaik pada Disember.


Liverpool membuka tirai jaringan menerusi sepakan percuma pemain pertahanan Trent Alexander-Arnold apabila bola terkena palang lalu melantun terkena penjaga gawang Fulham, Bernd Leno, dan masuk.

Pemain midfield Alexis Mac Allister kemudian menjaringkan gol sulungnya buat Liverpool dan dengan pasukan itu ketinggalan 3-2 pada minit ke-87, Wataru Endo melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk menyamakan kedudukan.

Beberapa saat kemudian, di hadapan penyokong Anfield yang tidak henti-henti memberikan sorakan, Alexander-Arnold melengkapkan senarai serangan sensasi dengan satu jaringan klinikal.

“Hari ini kami menjaringkan empat gol yang bermutu paling tinggi dan akhirnya bernasib baik memenangi perlawanan ini, dan itu memberitahu anda segala-galanya,” tambah Klopp kepada rancangan, Match of the Day BBC.


“Empat gol yang saya tidak pernah lihat sebelum ini dalam satu perlawanan seperti ini sejujurnya.”

Pengurus Fulham Marco Silva berkongsi pandangan itu.

“Ia memang gol-gol yang hebat,” katanya kepada Match of the Day BBC. “Biasanya itu tidak berlaku. Mereka menjaringkan empat gol hebat dari jarak jauh.”


Mengulas tentang gol yang dijaringkan pada perlawanan itu, Alexander-Arnold berkata: 

“Apabila saya menjaringkan sepakan percuma, saya fikir itu adalah gol terbaik perlawanan tersebut. Tetapi 20 minit kemudian Mac Allister berjaya menjaringkan gol cemerlang itu,” katanya.

Di sebalik jaringan baik Liverpool pada separuh masa pertama, Fulham memberikan saingan sengit dan mendahului 3-2 menerusi Bobby De Cordova-Reid pada minit ke-80.

Dengan tiga minit ditambah untuk masa kecederaan, pasukan pelawat kelihatan seperti berupaya menamatkan rekod tanpa kalah The Reds selama 13 bulan di Anfield dalam saingan EPL.

Fulham dapat bertahan sehinggalah pemain gantian Endo melepaskan rembatan dari hantaran lintang Mohamed Salah dan percubaan itu menemui sasarannya ke sudut atas gawang.

Tiada pasukan memenangi lebih banyak mata dalam perlawanan liga selepas ketinggalan musim ini daripada Liverpool, yang berjaya meraih 15 mata.

Liverpool bangkit untuk memastikan tiga mata penuh menjadi milik mereka dua minit sebelum tamat perlawanan selepas Alexander-Arnold berjaya mengawal bola dengan baik sebelum sepakan beliau gagal diselamatkan Leno.

Jaringan kemenangannya itu, yang dilakukan dengan penuh ketenangan di tengah-tengah serangan balas yang tidak berkesudahan, menyempurnakan persembahan individu yang cemerlang dan mengekalkan rekod sempurna Liverpool di padang sendiri musim ini.

Skuad Klopp kini dua mata di belakang pendahulu liga, Arsenal.

“Pengalaman luar biasa untuk semua orang yang berada di sini,” tambah Klopp.

“Saya percaya ramai yang tidak menyangka sebelum perlawanan bahawa Liverpool lawan Fulham akan menjadi perlawanan yang tidak akan anda lupakan dalam hidup anda.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >