Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Gol tunggal Haller bawa Ivory Coast mara ke peringkat akhir

Feb 08, 2024 | 12:30 PM



IVORY COAST: Sebastien Haller menjaringkan gol kemenangan tuan rumah Piala Negara Afrika 2023, Ivory Coast, menentang DR Congo dalam perlawanan separuh akhir.


Ini bermakna Ivory Coast akan menentang Nigeria yang menewaskan Afrika Selatan melalui sepakan penalti 4-2.

Gol tunggal Ivory Coast tiba pada minit ke-65 melalui jaringan Haller.

Penyerang Borussia Dortmund itu sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol namun percubaan beliau terlepas sasaran.

DR Congo tidak mengancam untuk mendapatkan gol. Peluang terbaik mereka datang kepada Meschack Elia dan Simon Banza yang gagal memanfaatkan peluang tersebut.

Ivory Coast telah memecat pengurus, Jean-Louis Gasset, sebelum mara daripada peringkat kumpulan dan harus bergantung kepada gol-gol lewat menentang Senagal dan Mali untuk berjaya ke pasukan empat terakhir pertandingan tersebut.

Pengurus sementara Ivory Coast, Emerse Fae, kini mempunyai peluang untuk membimbing pasukannya ke trofi benua ketiga mereka, menyusuli kejayaan pada 1992 dan 2015.

Mereka akan menentang juara tiga kali pertandingan itu, Nigeria, di Abidjan pada 20 Februari.

Ini kali pertama Ivory Coast kembali ke Stadium Alassane Ouattara sejak kekalahan teruk 4-0 kepada Equatorial Guinea yang hampir-hampir menyingkirkan mereka daripada pertandingan tersebut selepas hanya tiga perlawanan.

Fae terpaksa melakukan empat perubahan kepada barisan utamanya yang mendapatkan gol penyamaan dalam minit ke-90 dan gol kemenangan pada minit ke-122 menentang Mali.

Ini kerana kapten, Serge Aurier; pemain pertahanan, Odilon Kossounou; dan penyerang, Christian Koume tidak boleh menyertai perlawanan tersebut.

DR Congo pula mengadakan protes dengan pemain dan pengurus DR Congo menutup mulut semasa lagu kebangsaan mereka dimainkan demi menyeru kedamaian di kawasan timur negara.

DR Congo yang pernah memenangi pertandingan tersebut – dengan kali akhir menang pada 1974 – tidak berdaya bangkit semula bagi menewaskan Ivory Coast.

Ivory Coast menjadi tuan rumah pertama untuk mara ke peringkat akhir Piala Negara Afrika selain Mesir pada 2006.

Selepas kempen pertandingan yang penuh kejutan, penyokong Ivory Coast kini boleh menantikan perlawanan sengit dengan Nigeria .

Ini juga boleh melengkapkan pengalaman hebat Fae – bekas pemain tengah Nantes, Reading dan Nice – yang kini berusia 40 tahun.

Ia berpeluang memenangi trofi paling berprestij Afrika untuk negaranya dalam hanya empat perlawanan di bawah bimbingannya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >