Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Nigeria tundukkan Afrika Selatan, kejar trofi benua keempat

Feb 08, 2024 | 11:51 AM



IVORY COAST: Kelechi Iheanacho menjaringkan sepakan penalti kemenangan Nigeria untuk mara ke peringkat akhir Piala Negara Afrika 2023.


Akhirnya Nigeria berjaya menundukkan Afrika Selatan 4-2 melalui sepakan penalti.

Perlawanan penuh aksi di Bouake itu berakhir 1-1 dengan pengadil perlawanan harus merujuk kepada video penolong pengadil (VAR) untuk membatalkan jaringan Victor Osimhen yang akan meletakkan Nigeria 2-0 dan sebaliknya memberikan penalti kepada Afrika Selatan.

Teboho Mokoena menjaringkan sepakan penalti tersebut membawa perlawanan itu ke masa tambahan dengan pemain pertahanan Afrika Selatan dilayangkan kad merah.

Namun, dalam penentuan keputusan menerusi tendangan penalti, sepakan Mokoena diselamatkan oleh penjaga gawang Nigeria, Stanley Nwabali.

Ini bermakna Nigeria akan mara ke peringkat akhir dan akan menentang Ivory Coast selepas mereka menewaskan DR Congo.

Kapten William Troost-Ekong membuka tirai perlawanan dengan menjaringkan penalti beliau pada separuh masa kedua dan kini menantikan peluang untuk mengetuai Nigeria ke trofi keempat mereka sejak trofi pertama mereka pada 2013.

Nigeria mengekalkan rekod kemenangan sempurna mereka menentang Afrika Selatan di Piala Negara, menewaskan mereka dalam ketiga-tiga perlawanan mereka yang terdahulu, termasuk perlawanan suku akhir pada 2000 di Lagos.

Walaupun pasukan bimbingan Jose Peseiro itu dijangka mengatasi Afrika Selatan, prestasi mereka pada separuh masa pertama mengecewakan.

Peluang terbaik mereka datang kepada penyerang Percy Tau, namun sepakan dalam kotak penalti beliau diselamatkan dengan mudah oleh Nwabali.

Penerima anugerah Pemain Terbaik Afrika, Osimhen, hanya berjaya menyentuh bola sebanyak sembilan kali, termasuk percubaan tandukan beliau yang terlepas sasaran.

Namun, dalam separuh masa kedua, Nigeria menampakkan keinginan untuk menjaringkan gol dan memenangi perlawanan tersebut.

Kededua Osumhen dan Frank Onyeka terlepas beberapa peluang menjaringkan gol.

Akhirnya, Nigeria diberikan penalti apabila Osimhen dikasari oleh pemain pertahanan Afrika Selatan di dalam kotak penalti.

Seperti kemenangan menentang Ivory Coast, Troost-Ekong diberi tanggungjawab menjaringkan penalti, bukan Osimhen.

Dengan baki lima minit sebelum perlawanan berakhir, Osimhen menyangkakan bahawa beliau telah melengkapkan kemenangan Nigeria.

Bagaimanapun jaringan beliau itu dibatalkan selepas semakan VAR menunjukkan Tau dikasari oleh Alhassan Yusuf di kotak penalti Nigeria sebelum jaringan itu, dan Afrika Selatan diberikan penalti.

Sementara itu, pemain pertahanan, Hlompho Kenana, dilayangkan kad merah apabila beliau mengasari Terem Moffi pada masa tambahan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >