Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

GP S’pura kembali lebih ‘panas’

Oct 3, 2025 | 6:30 PM
Pelumba Red Bull, Max Verstappen semasa sesi latihan pertamanya di Litar Marina Bay untuk Grand Prix Singapura pada 3 Oktober. Selekoh yang dilihat berlatar belakang Galeri Nasional Singapura.
Pelumba Red Bull, Max Verstappen semasa sesi latihan pertamanya di Litar Marina Bay untuk Grand Prix Singapura pada 3 Oktober. Selekoh yang dilihat berlatar belakang Galeri Nasional Singapura. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Deruman enjin kereta lumba kembali menggegarkan Marina Bay pada 3 Oktober, menandakan bermulanya hujung minggu penuh debaran bagi Formula Satu (F1) Grand Prix Singapura.

Walaupun Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengeluarkan amaran cuaca panas, ia tidak sedikit pun menjejas ‘bahang’ sebenar acara ini – kemeriahannya tetap terasa.

Edisi kali ini menjanjikan perlumbaan yang mendebarkan, di mana penyokong acara perlumbaan tersebut boleh menyaksikan pemandu kegemaran mereka menghadapi perlumbaan yang dianggap antara paling mencabar oleh ramai pelumba.

Penonton bakal menyaksikan sama ada pendahulu dan pelumba McLaren, Oscar Piastri bangkit selepas kekecewaan perlumbaan lalu, atau Max Verstappen dari Red Bull mengekalkan prestasi cemerlangnya, ataupun kejutan-kejutan lain.

Pada 2008 pas tiga hari berharga antara $168 (walkabout) hingga $1,388 (Pit Grandstand), kini pada 2025 harganya telah meningkat kepada $388 dan $1,548.

Namun, semangat dan minat terhadap F1 kekal membara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg