Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Graeme McDowell, Charl Schwartzel antara penyeri Siri Antarabangsa S’pura

Sep 21, 2023 | 01:25 PM



Nama-nama juara seperti Graeme McDowell dan Charl Schwartzel bakal menyertai Siri Antarabangsa Singapura yang dijadual berlangsung antara 5 dengan 8 Oktober di Tanah Merah Country Club.

Acara bernilai AS$2 juta ($2.74 juta) itu merupakan lawatan ketujuh daripada 10 perhentian Siri Antarabangsa anjuran Asian Tour dengan kerjasama LIV Golf.

Pemenang Order of Merit Siri Antarabangsa itu akan menempah tempat ke Liga Golf LIV pada 2024.

McDowell, yang merupakan juara Terbuka Amerika 2010, menduduki tempat ke-20 secara bersama di Siri Antarabangsa England pada Ogos.

Beliau berkata: “Masa saya di Close House merupakan pengalaman menarik dan saya menanti untuk memaparkan persembahan baik bagi memberikan peluang kepada saya memenangi pertandingan Siri Antarabangsa saya yang pertama.

“Saya sentiasa berasa seronok dapat bermain di Asia, dan saya teruja dapat kembali ke Singapura tahun ini untuk bermain di Tanah Merah buat kali pertama.”

Beliau akan disertai dua rakan sepasukan daripada LIV Cleek GC, Bernd Wiesberger dan Richard Bland.

Schwartzel, yang menang Masters 2011, telah menjuarai acara LIV Golf London yang berlangsung buat kali pertama pada Jun 2022, menurut laporan The Straits Times.


Pemain veteran asal Afrika Selatan itu berada di kedudukan ke-13 secara bersama dalam penampilan terkininya di Siri Antarabangsa pada Februari.

Pemain asal Amerika, Andy Ogletree, yang meraih tiga kejuaraan Siri Antarabangsa, termasuk di Mesir pada 2022 disusuli dengan di Qatar dan England pada 2023, mendahului kededua Siri Antarabangsa dan Order of Merits Asian Tour.

Pemain berusia 25 tahun itu berkata: “Saya berpeluang menyertai Liga Golf LIV, yang merupakan pengalaman besar buat saya.

“Sedang kami menjalani laluan terakhir jadual Siri Antarabangsa 2023, setiap acara kini memberikan pengalaman yang mengukuhkan terus kedudukan saya bagi tahun mendatang.”

Pemain Thailand, Nitithorn Thippong, berjaya Ogos lalu di padang golf Tampines dan kembali dengan persembahan baik selepas memenangi Terbuka Indonesia Mandiri pada Ogos.

Beliau berkata: “Selepas kejayaan saya di padang golf Tampines tahun lalu, saya percaya yang saya telah menemui rahsia di sebalik persembahan baik di padang ini dan saya tidak sabar untuk kembali ke Singapura dan mempertahankan kejuaraan yang saya menangi.”

Padang itu juga menjadi hos kepada seorang lagi pemain, Hideto Tanihara, yang merangkul kejuaraan Pertandingan Golf Terbuka ANA dalam Golf Tour Jepun dan Sadom Kaewkanjana, seorang juara Asian Tour sebanyak dua kali.

Selepas pandemik, negara ini menyaksikan pertambahan pertandingan golf peringkat tinggi.

Pada Februari, DP World Tour menganjurkan Singapore Classic di Laguna National.

Sebulan kemudian, Kejohanan Sedunia Wanita HSBC LPGA diadakan di Sentosa Golf Club.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >