Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Guardiola: Grealish akan kembali bermain jika jaya tingkat prestasi

Feb 27, 2024 | 04:55 PM



MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, berkata bahawa Jack Grealish akan kembali ke barisan utama pasukan itu secara lebih kekal apabila pemain itu dapat mempertingkatkan prestasinya.


Pemain tengah England berusia 28 tahun itu memulakan 41 perlawanan buat City pada musim lalu (2023) apabila kelab itu memenangi Liga Perdana England (EPL), Piala FA dan Liga Juara-Juara.

Namun pada musim ini, Grealish hanya memulakan 19 perlawanan termasuk tujuh perlawanan di EPL.

“Beliau tetap pemain sama, mempunyai pengurus yang sama, dan cara kita bermain juga sama,” kata Guardiola.

“Cuma cara beliau beraksi. Itulah perbezaannya.”

Musim ini, masa permainan Grealish sangat terhad. Dalam 19 permulaan perlawanannya, empat daripadanya dalam pertandingan Community Shield, Piala Super Eropah, dan Piala Dunia Kelab di Arab Saudi.

Kali terakhir beliau memulakan perlawanan liga adalah pada 30 Disember menentang Sheffield United, dan beliau digantikan oleh pemain muda, Oscar Bobb, pada minit ke-52.

Pemain bernilai £100 juta ($170 juta) itu tidak bermain langsung semasa kemenangan mereka ke atas Bournemouth pada 25 Februari dan masih tidak pasti sama ada beliau akan memulakan perlawanan Piala FA pusingan kelima menentang Luton pada 28 Februari.

“Saya sudah katakan sejak hari pertama,” kata Guardiola.

“Beliau mempunyai bakat istimewa untuk pasukan kami. Namun ia bergantung kepadanya. Saya harap beliau akan bangkit semula semasa tiga bulan terakhir ini,” tambah Guardiola.

Grealish bukan pemain pertama untuk berada dalam situasi yang mana mereka bermain untuk pasukan Guardiola secara tidak tetap, kerana inilah yang dituntut oleh bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich kepada pemainnya.

Grealish telah diberikan amaran bahawa beliau tidak akan diberikan masa untuk menyesuaikan diri kembali ke barisan utama City.

“Saya tidak boleh memberikan pemain tiga atau empat perlawanan untuk temui rentak permainan mereka,” ujar Guardiola.

“Pada tahap yang tinggi, pasukan tidak akan nantikan pemain lain untuk bersedia. Anda tidak boleh berikan tiga atau empat perlawanan untuk bersedia. Bagaimana dengan 10 pemain lain yang tidak bermain? Mereka layak tidak bermain?”

“Anda harus perhatikan sesi latihan dan semua butiran-butiran kecil. Pemain tidak perlu meyakinkan saya. Mereka perlu meyakinkan diri mereka sendiri bahawa mereka layak untuk bermain,” tambahnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >