MANCHESTER: Pep Guardiola akur beliau terkejut dan tidak pernah membayangkan kejatuhan Manchester City setelah sekali lagi tewas akibat gol pada minit-minit terakhir, kali ini kekalahan 2-1 di tangan Manchester United pada 15 Disember.
Keputusan tersebut bermakna City hanya menang sekali dan kalah lapan kali dalam 11 perlawanan.
Anak buah Guardiola mengekori pendahulu liga Liverpool, yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan, dengan sembilan mata dan berada di luar tempat Liga Juara-Juara, di tangga kelima.
“Saya tidak mampu mempertahankan diri, saya adalah bos, saya pengurus. Saya perlu mencari penyelesaian namun saya tidak menemui penyelesaiannya,” kata Guardiola.
“Ini adalah kelab yang besar. Apabila anda kalah lapan daripada 11, sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Apakah yang boleh saya katakan? Jadualnya sukar, pemain yang cedera? Tidak.
“Saya adalah bos, saya pengurus dan saya tidak cukup bagus. Ia semudah itu,” tambahnya.
Cara kekalahan terbaru City adalah antara yang paling merosakkan kerana juara Liga Perdana England sebanyak empat kali berturut-turut itu begitu dekat dengan kemenangan yang amat diperlukan hasil tandukan, Josko Gvardiol, pada separuh masa pertama.
Bagaimanapun, mereka memusnahkan sendiri harapan apabila hantaran lemah Matheus Nunes berjaya dipintas pemain United, Amad Diallo, dan dalam keghairahannya untuk memenangi semula bola, Nunes telah mengasari Diallo dalam kotak penalti.
Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-88 sebelum Diallo menjaringkan gol kemenangan United pada minit ke-90.
“Saya tahu musim ini adalah musim yang sukar. Dari awal lagi saya telah tekankan perkara ini.
“Tetapi saya tidak sangka ia akan menjadi begitu sukar, seperti sekarang,” ujar Guardiola.
“
“Saya tidak mampu mempertahankan diri, saya adalah bos, saya pengurus. Saya perlu mencari penyelesaian namun saya tidak menemui penyelesaiannya.”Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg