Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Haaland jaring dua gol bantu City tundukkan Young Boys 3-1

Oct 26, 2023 | 03:09 PM



BERN (Switzerland): Manchester City mengekalkan rekod sempurna Liga Juara-Juara mereka dengan kemenangan sukar ke atas pasukan Switzerland, Young Boys.


Erling Haaland menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua – gol Liga Juara-Juara pertamanya dalam enam perlawanan – pertama melalui sepakan penalti, kemudian satu tendangan lencong yang baik.

Juara bertahan City menguasai perlawanan dan mendahului pada minit ke-48 apabila Manuel Akanji menjaringkan gol.

Tuan rumah menyamakan kedudukan tidak lama selepas itu melalui tendangan cip cantik Meschack Elia

Namun, sepakan penalti Haaland pada minit ke-67, diikuti gol keduanya ketika perlawanan berbaki empat minit, memastikan City kekal di tempat teratas Kumpulan G dengan sembilan mata daripada tiga perlawanan.

“Begitulah keadaannya, jika anda tidak mengambil peluang ia boleh menjadi sukar,” kata pemain pertahanan City, Rico Lewis, kepada TNT Sports.


“Akhirnya penyerang kami mengambil peluang dan kami memenangi perlawanan itu.”

Pasukan Pep Guardiola kini tidak kalah dalam 16 perlawanan terakhir Liga Juara-Juara mereka.

Mereka memenangi 10 perlawanan dan seri enam kali, dengan hanya Manchester United pernah mencatat rekod tidak kalah lebih lama, antara 2007 dengan 2009, dalam kalangan pasukan England dalam pertandingan ini.

City mendahului apabila pemain pertahanan Switzerland Akanji menjaringkan gol di tanah airnya dari jarak dekat selepas tandukan Ruben Dias terkena palang apabila ditolak penjaga gol Young Boys, Anthony Racioppi dan bola terpelanting ke arah Akanji.

Tetapi Young Boys menyamakan kedudukan apabila Elia mendapat hantaran baik dan menewaskan penjaga gol City, Ederson, melalui satu tendangan lambung.

City mendapat tendangan penalti, apabila Mohamed Ali Camara menjatuhkan Rodri dalam kotak dan Haaland merembat bola masuk.

Bagi City, matlamat perlawanan itu ialah meninggalkan Stadium Wankdorf dengan mengekalkan rekod tiada kekalahan dan kecederaan, demi sebagai persiapan perlawanan derby Manchester di stadium Old Trafford pada Ahad.

Kebimbangan dibangkitkan mengenai padang tiruan, yang dikritik oleh Guardiola dalam sidang media praperlawanan dan dalam wawancara televisyen selepas itu.

“Adalah lebih sukar di padang ini, bola datang dalam pelbagai bentuk,” katanya kepada TNT Sports.


Rumput tiruan dirasakan boleh menyebabkan kecederaan dan akan mengambil masa lebih lama untuk pemain pulih berbanding bermain di rumput asli. Hujan lebat sepanjang perlawanan itu tidak membantu.

“Ia adalah permainan yang sukar dek permukaan padang dan cuaca. Young Boys sudah biasa dengan persekitaran ini,” kata Lewis.

“Kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama dan ia agak sukar pada separuh masa kedua, tetapi kami menyelesaikan tugas itu.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >