Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Halim Kader terima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka

Aug 26, 2024 | 8:48 PM
Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia, Abdul Halim Kader (kiri) menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam pada 26 Ogos.
Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia, Abdul Halim Kader (kiri) menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam pada 26 Ogos. - Foto ASTAF

Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf), Abdul Halim Kader, telah dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) atas sumbangannya kepada pembangunan dan perkembangan sukan sepak takraw.

Halim, 73 tahun, menerima anugerah tersebut dalam satu majlis sempena sambutan ulang tahun ke-75 tahun Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam pada 26 Ogos, menurut kenyataan Astaf.

DPSM adalah antara penghormatan tertinggi yang disampaikan oleh negeri Melaka, mengiktiraf individu yang telah memberikan sumbangan yang luar biasa kepada negeri dan negara, khususnya dalam bidang kepakaran mereka.

Penerima anugerah ini diberikan gelaran kehormat “Datuk”, iaitu simbol penghormatan dan pengiktirafan di Malaysia.

Halim, warga Singapura, sudah menggalas jawatan presiden Astaf selama 20 tahun sejak 2004.

Beliau kini juga merupakan Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf).

Astaf, dalam kenyataannya, berkata sepak takraw telah menyaksikan “pertumbuhan yang tiada tandingannya” di bawah bimbingan Halim.

“Usahanya dalam mempromosikan sukan ini telah membawa kepada peningkatan ketara dalam penyertaan dan minat, baik di dalam Malaysia mahupun di peringkat global. Tugasnya bukan sahaja telah mengekalkan warisan budaya sepak takraw tetapi juga telah memacu evolusinya menjadi sukan moden yang kompetitif.

“Anugerah ini adalah bukti komitmen Datuk Abdul Halim terhadap kecemerlangan dan usaha berterusannya untuk memartabatkan sepak takraw ke tahap yang lebih tinggi. Kepimpinannya dalam kedua-dua Persekutuan Sepak Takraw Asia dan Antarabangsa adalah penting dalam meletakkan sepak takraw sebagai sukan yang menghormati tradisi kaya Asia Tenggara sambil menarik perhatian penonton global,” tambah persekutuan Asia itu.

Dalam arena setempat, Halim telah menjadi presiden Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) dari 2000 hingga 2013 dan berkhidmat sebagai setiausaha agungnya dari 2013 hingga 2015 — juga jawatan yang dipegangnya dari 1982 hingga 1999 — sebelum memimpin persekutuan itu sekali lagi dari 2015 hingga 2019.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg