Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hamilton akhiri kemarau tapi tak kesal tinggalkan Mercedes

Jun 24, 2024 | 3:09 PM
 Lewis Hamilton
Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton, yang bakal berpindah ke Ferrari pada 2025, menyambut kejayaannya menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan di litar Sepanyol, Circuit de Catalunya, pada 23 Jun. - Foto REUTERS

BARCELONA: Buat kali pertama sejak Oktober 2023, pelumba Mercedes, Lewis Hamilton, menaiki podium Formula Satu (F1) apabila beliau menduduki tempat ketiga di litar Sepanyol, Circuit de Catalunya, pada 23 Jun.

Walaupun itu keputusan terbaiknya sejauh ini dalam musim semasa, ia tidak membuatnya menyesal berpindah ke Ferrari pada 2025.

Kejayaan di Circuit de Catalunya melanjutkan rekod juara dunia tujuh kali itu sebagai pelumba paling banyak menaiki podium – 198 kali.

Perlumbaan itu dimenangi Max Verstappen (Red Bull), dengan Lando Norris (McLaren) menduduki tempat kedua. Rakan sepasukan Hamilton, George Russell, mendapat tempat keempat.

“Ini adalah hujung minggu terbaik yang saya alami sepanjang tahun, dan sepanjang tempoh yang sekian lama, sepanjang 15 perlumbaan atau (tempoh) yang gila...

‘Saya berasa baik dapat kembali, adanya persaingan seperti hari ini adalah bagus, adalah bagus untuk menegaskan semula dan mengesahkan semula,” kata Hamilton kepada wartawan.

Warga Britain itu berjaya memintas pemandu Ferrari, Carlos Sainz, yang beliau akan gantikan pada 2025, dan Russell untuk menduduki tempat ketiga.

Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff, berkata beliau gembira melihat Hamilton menikmati hujung minggu hebat.

“Sudah agak lama strategi tidak memihak kepadanya tapi hari ini ia memihak kepadanya. Jadi saya gembira beliau mendapat tempat di podium,” kata Wolff.

Hamilton berkata beliau tidak ragu-ragu mengenai perpindahannya ke Ferrari, yang telah diumumkan sebelum permulaan musim ini.

“Tugas saya tahun depan (2025) adalah memulakan lembaran baru bersama Ferrari, dan mereka sedang melakukan kerja hebat.

“Mereka telah melalui beberapa perlumbaan sukar tetapi jangan lupa mereka telah memenangi perlumbaan di Monaco.

“Saya tidak tahu apa yang tidak kena dengan kereta mereka dan mengapa mereka berada dalam kedudukan mereka sekarang.

“Tetapi ia sama sekali tidak membuatkan saya ragu-ragu tentang keputusan saya (berpindah),” ujar Hamilton.

Charles Leclerc (Ferrari) dan Sainz masing-masing menduduki tempat kelima dan keenam di Circuit de Catalunya. Kedua-duanya tidak menamatkan perlumbaan di Canada pada 10 Jun. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg