Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hamilton: Pemimpin sukan lumba kereta perlu papar nilai baik

Susulan siasatan dakwaan ‘tingkah laku tidak wajar’ terhadap ketua Red Bull; campur tangan perlumbaan dan pengesahan litar terhadap presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa
Mar 07, 2024 | 02:39 PM



JEDDAH: Pemandu pasukan Mercedes, Lewis Hamilton, berkata Formula Satu (F1) sedang berdepan satu “detik penting” dan perlu menunjukkan nilai baik, di tengah-tengah kontroversi melibatkan personaliti terkemuka dalam kalangan pemimpin pasukan F1 dan badan pentadbirnya.


Ketua pasukan F1 Red Bull, Christian Horner, menjadi perhatian ramai selepas satu siasatan panjang berikutan dakwaan “tingkah laku tidak wajar” terhadapnya yang dibuat oleh seorang pekerja wanita.

Siasatan itu memaparkan perpecahan dalam Red Bull yang berlaku di belakang tabir.

Dalam satu perkembangan lain, presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Mohammed Ben Sulayem, disiasat setelah seorang pemberi maklumat menuduhnya cuba campur tangan dalam satu perlumbaan dan menghalang litar jalanan Las Vegas disahkan sesuai digunakan pada November 2023.

“Sebagai seseorang yang meminati sukan ini, saya memang kecewa melihat apa yang berlaku sekarang,” kata Hamilton, juara dunia tujuh kali, kepada wartawan menjelang Grand Prix Arab Saudi pada 7 hingga 9 Mac di Jeddah.

“Ini tidak baik pada pandangan dunia luar. Saya fikir ini adalah masa penting untuk sukan ini menunjukkan dan berpegang pada nilai baiknya, dan menjadikan diri kita bertanggungjawab bagi tindakan kita.

“Ini detik penting untuk sukan ini, dari segi apa yang kita paparkan kepada dunia dan bagaimana hal ini diuruskan. Setakat ini, ia belum diuruskan dengan baik.

“Saya harap tahun ini (2024) tidak berterusan begini. Tetapi ia menunjukkan beberapa masalah yang wujud dalam sukan ini,” ujar Hamilton.

“Seorang pemimpin adalah amat penting kerana beliau menetapkan nada dan memastikan pasukannya terus berpegang pada nilai-nilai utama yang baik dalam sukan ini, serta kewibawaan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Ben Sulayem menghadapi lebih banyak tuduhan pada 5 Mac, yang menyatakan beliau cuba menghalang pengesahan litar bagi Grand Prix Las Vegas 2023.

Menurut BBC, dakwaan tersebut, yang dibuat oleh seorang pemberi maklumat, terkandung dalam satu laporan yang diserah oleh seorang pegawai pematuhan FIA kepada jawatankuasa etika FIA.


BBC mengatakan ia telah melihat laporan tersebut.


Dalam responsnya, jurucakap FIA berkata tiada yang salah berhubung keputusan pengesahan litar itu dan pemeriksaan serta pengesahan litar itu menepati protokol FIA daripada perspektif sukan dan keselamatan.

Menurut laporan tersebut, Ben Sulayem, warga Amiriah Arab Bersatu (UAE) berusia 62 tahun, dikatakan meminta beberapa pegawai supaya “mencari beberapa kebimbangan untuk menghalang FIA mengesahkan litar itu (sesuai digunakan) sebelum perlumbaan hujung minggu itu”. – Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >