Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ketua FIA hadapi tuduhan campur tangan dalam perlumbaan Grand Prix Saudi 2023

Maklumat ‘whistleblower’ dakwa ada campur tangan untuk batalkan satu penalti terhadap pemandu pasukan Aston Martin
Mar 05, 2024 | 03:08 PM



LONDON: Ketua badan pentadbir perlumbaan Formula Satu (F1), Mohammed Ben Sulayem, disiasat kerana dituduh campur tangan dalam keputusan Grand Prix Arab Saudi pada 2023, lapor media BBC pada 4 Mac.


Jurucakap Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) yang berpangkalan di Paris, ketika diminta mengulas laporan itu, tidak memberi butiran lanjut, sebaliknya hanya berkata “perkara itu sedang dibincangkan secara dalaman”.

Ben Sulayem, seorang warga Amiriah Arab Bersatu (UAE), tidak dapat dihubungi untuk mengulas.

BBC menyatakan, ia telah melihat satu laporan oleh pegawai pematuhan FIA, Paolo Basarri, kepada jawatankuasa etika FIA yang menyebutkan seorang pemberi maklumat atau whistleblower mendakwa bahawa Presiden FIA, Ben Sulayem, telah campur tangan untuk membatalkan satu penalti terhadap pemandu pasukan Aston Martin, Fernando Alonso.


Ia mendakwa Ben Sulayem telah memanggil Sheikh Abdullah bin Hamad bin Isa Al Khalifa, Naib Presiden FIA bagi sukan Timur Tengah dan Afrika Utara, yang bertugas dalam kapasiti rasmi semasa perlumbaan itu.

Juara dunia dua kali, Alonso, berjaya naik ke podium buat kali ke-100 dalam kerjaya F1, selepas para pegawai melakukan ‘pusingan U’, beberapa jam selepas tamat perlumbaan di Jeddah pada 19 Mac 2023.

Sebelum itu, pemandu Sepanyol berusia 41 tahun itu menang tempat ketiga tetapi diturunkan ke tempat keempat dengan penalti 10 saat selepas perlumbaan kerana gagal menyempurnakan penalti lima saat, ekoran kesilapan meletakkan keretanya di grid permulaan.

Para juri perlumbaan mendapati alat bicu kereta masih menyentuh keretanya sebelum lima saat itu berakhir.

Penalti kedua, yang dikenakan selepas lebih 30 pusingan setelah beliau melakukan pit-stop, atau hentian pit, dibatalkan selepas pasukannya mendapat hak semakan setelah mengemukakan bukti baru yang menyokong kes mereka.


Bukti baru itu termasuk minit mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Sukan dan video “tujuh kejadian berbeza melibatkan kereta disentuh bicu semasa menjalani penalti sama... tanpa dikenakan hukuman”. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >