Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hampir semua pemain Lyon akan ‘dilelong’ demi kumpul 100j euro

Aug 23, 2024 | 12:16 PM
Pasukan Ligue 1 Perancis, Olympique Lyonnais (OL) perlu mengumpul sebanyak 100 juta euro ($145 juta) sebelum tempoh perpindahan ditutup agar tidak melanggar undang-undang badan pemerhati kewangan liga mereka.
Pasukan Ligue 1 Perancis, Olympique Lyonnais (OL) perlu mengumpul sebanyak 100 juta euro ($145 juta) sebelum tempoh perpindahan ditutup agar tidak melanggar undang-undang badan pemerhati kewangan liga mereka. - Foto AFP

LYON: Menurut media Perancis, pasukan Ligue 1, Olympique Lyonnais (OL), telah meletakkan kebanyakan pasukan mereka dalam senarai pemain yang bakal dijual dalam usaha mencapai sasaran kewangan jualan mereka sebelum tamat tempoh pemindahan.

“Pengurusan OL baru mengeluarkan mesej bahawa, mulai sekarang, hampir semua pemain bakal dijual, selagi seseorang membayar harga yang tepat,” kata pihak media tersebut.

Kelab itu tidak mendedahkan pemain mana yang ada dalam senarai perpindahan tersebut.

Pasukan Perancis itu bertujuan mengumpul 100 juta euro ($145 juta) sebelum tempoh perpindahan ditutup.

Pihak media melaporkan bahawa mereka masih memerlukan 75 juta euro untuk mencapai sasaran.

Mereka telah menghabiskan 134 juta euro dalam dua bulan terakhir, lebih banyak daripada kelab lain di Perancis.

Pada Julai, mereka membelanjakan rekod kelab 34 juta euro untuk menandatangani pemain pertahanan, Moussa Niakhate, daripada Nottingham Forest.

Lyon juga memberi jaminan kepada pihak berkuasa kewangan Ligue 1 bahawa mereka akan mengumpul 100 juta euro dalam jualan tempoh perpindahan musim panas ini, mengelak sebarang sekatan lanjut daripada badan pemerhati kewangan liga tersebut.

Pada Disember 2023, kelab itu mengumpulkan lebih 300 juta euro untuk membiayai semula hutang mereka.

Lyon dimiliki oleh Eagle Football Group, sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di Paris yang turut memiliki Botafogo di Brazil, RWD Molenbeek di Belgium dan Crystal Palace di England.

John Textor, ahli perniagaan Amerika Syarikat yang mengawal kumpulan itu, telah menyatakan minatnya untuk menjual pemegangannya dalam Palace untuk memperoleh Everton pula.

Lyon tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg