Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hampir semua tiket lumba F1 S’pura habis dijual

250,000 penonton dijangka, kurang dari tahun lalu kerana tempat duduk grandstand ditutup dek pembangunan The Float @ Marina Bay
Aug 29, 2023 | 05:14 PM



Tiket Grand Prix Singapura Formula Satu (F1) Singapore Airlines hampir habis dijual, menurut penganjurnya, GP Singapore.

Perlumbaan malam dari 15 hingga 17 September itu dijangka menarik sekitar 250,000 penonton, kurang 17 peratus daripada jumlah rekod 302,000 penonton tahun lalu.

Ini kerana rancangan pembangunan semula yang lebih luas platform terapung The Float @ Marina Bay menyebabkan bahagian tempat duduk Bay Grandstand ditutup, jelas Singapore GP pada Selasa.

Had yang ditetapkan ke atas penonton itu bermakna ekonomi Singapura akan terlepas perbelanjaan mewah oleh pelancong sewaktu acara selama tiga hari itu.

Permintaan bagi tiket “tetap amat kukuh”, dengan 16 daripada 23 kategori tiket telah habis dijual dan terdapat “jumlah terhad” tiket bagi lima kategori yang tinggal.

Tiket yang tinggal termasuk Pas Sky Suite tiga hari yang berharga $6,924 dan tiket untuk acara Jumaat yang berharga $118, menurut laman web Formula 1.

Tiket termahal yang berharga $11,000 juga telah habis dijual seawal April, walaupun harga tiket kali ini adalah yang termahal sejak Singapura mula menganjurkan perlumbaan malam itu pada 2008, menurut The Straits Times.


Difahamkan bahawa tiket tersebut memberi penonton yang membelinya akses ke atrium tiga tingkat serba baru yang mempunyai kemudahan khas, termasuk restoran-restoran terkenal dan juga pemandangan perlumbaan yang memuaskan.

Pemerintah menyatakan pada awal Ogos bahawa perlumbaan itu akan terus berlangsung seperti yang dirancang walaupun ahli perniagaan Ong Beng Seng, yang memiliki Singapore GP ditangkap menyusuli satu siasatan rasuah yang sedang dijalankan.

Jarak perlumbaan F1 di sini kini dikurangkan dari 5,063 kilometer kepada 4,928 kilometer.

“Kami sudah lama sedar bahawa kami tidak akan dapat menggantikan tempat duduk grandstand yang ditiadakan itu sepenuhnya, terutamanya apabila kami berhadapan batasan litar jalan raya,” kata Adam Firth, pengarah eksekutif Singapore GP dalam beberapa interviu bersama media asing.

Beliau juga menyatakan bahawa syarikat itu sedang mengenal pasti lokasi-lokasi yang boleh menjadi alternatif untuk penonton.

Satu laporan asing juga menyatakan bahawa harga bilik hotel Singapura menjangkau lebih $2,000 semalam semasa perlumbaan itu berlangsung pada 2022.

Pada 2023, hotel di sekitar litar perlumbaan telah menerima banyak tempahan seawal April.

Artis terkenal seperti Robbie Williams, Post Malone, Jackson Wang dan Rich Brian dijangka membuat persembahan semasa acara tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >