Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hansi Flick gesa Barca kekal fokus dalam usaha kejar 3 trofi

Apr 3, 2025 | 3:35 PM
Pengurus Barcelona, Hansi Flick, enggan memberi komen tentang peluang Barcelona mendapatkan treble musim ini. Namun Barcelona berada dalam posisi dan rentak kemenangan yang baik, di mana mereka belum dikalahkan dalam 21 perlawanan.
Pengurus Barcelona, Hansi Flick, enggan memberi komen tentang peluang Barcelona mendapatkan treble musim ini. Namun Barcelona berada dalam posisi dan rentak kemenangan yang baik, di mana mereka belum dikalahkan dalam 21 perlawanan. - Foto EPA-EFE

MADRID: Pengurus Barcelona, Hansi Flick, enggan berbicara tentang kemungkinan pasukannya memenangi beberapa trofi musim ini selepas kemenangan separuh akhir Piala Copa Del Rey 1-0 Barcelona ke atas Atletico Madrid pada 3 April.

Ini bermakna mereka akan berdepan dengan pesaing utama mereka, Real Madrid, di peringkat akhir pada 26 April.

Barcelona kini dalam rentak kemenangan 21 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan dan merupakan satu-satunya pasukan dalam lima liga utama Eropah yang belum tewas pada tahun 2025.

Mereka masih berupaya memburu tiga trofi utama (La Liga, Liga Juara-Juara dan Piala Copa Del Rey), digelar sebagai treble, sambil bermain gaya bola sepak yang dianggap antara yang terbaik musim ini oleh peminat.

Namun, Flick tetap berwaspada membuat ramalan tentang peluang mereka untuk memenangi treble tersebut dan menasihati pemain-pemainnya untuk mengekalkan pemikiran mereka untuk memberi tumpuan kepada perlawanan seterusnya serta memberi amaran bahawa kelab tersebut tidak mempunyai ruang untuk lakukan kesilapan.

“Saya tahu semua ingin berbincang mengenai perlawanan peringkat akhir menentang Madrid, saya faham, tetapi saya hanya memberi tumpuan kepada (Real) Betis, yang merupakan lawan kita seterusnya dalam La Liga,” kata Flick selepas perlawanannya menentang Atletico.

“Kami berada dalam detik yang hebat tetapi saya telah berada dalam bidang ini cukup lama untuk mengetahui bagaimana segalanya boleh berubah dalam sekelip mata sahaja, jadi kami perlu terus fokus.”

Barcelona kini mendahului La Liga dengan 66 mata, tiga mata di depan Real, manakala Atletico di tempat ketiga ketinggalan enam mata lagi dalam rebutan trofi La Liga dengan baki sembilan perlawanan.

Real akan ke London untuk menentang Arsenal dalam peringkat suku akhir Liga Juara-Juara pada 9 April sementara Barca akan menanti kunjungan Borussia Dortmund pada 10 April.

“Malam ini saya akan fokus pada kemenangan hebat ini yang membuatkan saya sangat gembira,” kata Flick.

“Semua boleh berbangga dengan pasukan ini, kami sebagai jurulatih berbangga dengan mereka. Saya sentiasa positif, jadi saya tidak akan menafikan bahawa saya mempunyai harapan tinggi terhadap pasukan ini sejak saya tiba dahulu.

“Saya memberitahu mereka bahawa saya sangat puas hati ... Tidak mudah untuk mendapatkan clean sheet (di mana gawang mereka tidak dibolosi) di stadium ini, Atletico adalah salah satu pasukan terbaik di Eropah. Jadi, kami patut berbangga dengan pencapaian ini.” – Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg