Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harapan bakat U-16 Singa sinar di Piala Lion City

Lukyan Tan kini bersama pasukan remaja Atletico Chopera dari Sepanyol; kapten Zaki Jumlan akan buat penampilan kali kedua
Jul 8, 2025 | 2:07 PM
(Dari kiri) Penyerang pasukan lelaki Piala Lion City, Lukyan Tan, kapten dan pemain tengah Zaki Jumlan, kapten pasukan dan pertahanan tengah wanita Tyan Foong, dan pemain tengah Celine Koh.
(Dari kiri) Penyerang pasukan lelaki Piala Lion City, Lukyan Tan, kapten dan pemain tengah Zaki Jumlan, kapten pasukan dan pertahanan tengah wanita Tyan Foong, dan pemain tengah Celine Koh. - Foto ST

Sepanjang 12 bulan lalu, Lukyan Tan tinggal bersendirian di Madrid, dan mengasah kemahiran bola sepaknya bersama pasukan remaja Atletico Chopera dari Sepanyol di bawah biasiswa bola sepak luar negara Unleash The Roar! (UTR).

Penyerang Singapura berusia 16 tahun itu kini bersemangat untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajarinya, setelah menerima panggilan sulung ke skuad kebangsaan sebagai sebahagian daripada pasukan Bawah 16 Tahun (U-16) Singapura.

Pasukan Cubs, yang dikendalikan oleh pengurus akademi Lion City Sailors, Ashraf Ariffin, akan mengambil bahagian dalam Piala Lion City (LCC) yang berlangsung dari 8 hingga 13 Julai di Stadium Jalan Besar.

Lukyan, yang sedang bercuti, berkata dia banyak mendapat manfaat daripada pengalaman di Sepanyol, sambil menambah: “Latihan dan perlawanan jauh lebih sukar kerana pemain-pemain di sana jauh lebih hebat (daripada saya).”

Tinggal seorang diri di negara asing juga membolehkannya mempelajari kemahiran hidup dan menjadi lebih berdikari. Apabila terasa rindu, panggilan telefon kepada keluarganya sentiasa membantu menghilangkan rasa itu.

Lukyan juga boleh mendapatkan nasihat bola sepak daripada adik-beradiknya. Abangnya, Louka Tan, telah memenangi Kasut Emas Liga Perdana Singapura U-21 bersama Hougang United musim lalu, manakala kakaknya, Lila, bermain untuk Still Aerion dalam Liga Perdana Wanita tempatan.

“Abang saya adalah sebab saya mula bermain bola sepak,” kata Lukyan, yang berhasrat untuk mengejar kerjaya bola sepak profesional di Eropah.

Sesetengah rakan sepasukannya juga boleh dapatkan nasihat sukan daripada keluarga mereka – contohnya, pemain pertahanan Mika Baihakki, anak Baihakki Khaizan, bekas pemain antarabangsa Singapura, dan penjaga gol Ilhan Rezal, yang pernah berlatih di bawah bimbingan bapanya, Rezal Hassan, bekas penjaga gol skuad Singa.

Selain adik-beradiknya, Lukyan juga boleh bergantung pada kaptennya, Zaki Jumlan, yang akan bertanding dalam LCC buat kali kedua, selepas menyertai edisi 2024 di mana pasukan Singapura B-16 menamatkan saingan di tempat terakhir daripada empat pasukan.

Zaki mengakui bahawa suasana di bilik persalinan tahun lalu “pasti tidak begitu baik,” namun berharap dapat mengubahnya tahun ini.

“Adalah tanggungjawab besar untuk saya memimpin pasukan, tetapi saya percaya pada skuad saya,” kata bek tengah berusia 16 tahun itu, yang bermain untuk Young Lions.

LCC kali ini juga akan menampilkan kategori wanita buat pertama kalinya, dan kapten B-16 wanita, Tyan Foong, sudah pasti merasakan tekanan untuk memimpin skuad perintis wanita Singapura dalam pertandingan itu.

“Inilah yang akan menetapkan tahap bola sepak wanita dalam LCC akan datang. Orang ramai pasti akan tertanya-tanya tahap bola sepak wanita di Singapura sekarang, jadi akan ada banyak tekanan,” kata Tyan, yang bermain untuk Lion City Sailors bersama kakak sulungnya, Tia Foong.

Selain bola sepak, Tyan yang berusia 16 tahun dan bermain sebagai bek tengah, juga aktif dalam pasukan bola lisut sekolahnya dan telah bermain wakeboarding atau sukan papan lungsur air selama empat tahun. Dia percaya bertanding dalam pelbagai sukan memberi manfaat kepadanya sebagai seorang atlet.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg