Harapan Tampines langkah ke suku akhir ACL2 cerah selepas pasukan lawan dilucut kemenangan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harapan Tampines langkah ke suku akhir ACL2 cerah selepas pasukan lawan dilucut kemenangan

Feb 17, 2026 | 6:39 PM

Harapan Tampines langkah ke suku akhir ACL2 cerah selepas pasukan lawan dilucut kemenangan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pemain tengah pasiukan Cong An Ha Noi, Stefan Mauk, cuba merampas bola di depan Trent Buhagiar dari BG Tampines Rovers semasa kemenangan 4-0 dalam pusingan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC Dua.
Pemain tengah pasiukan Cong An Ha Noi, Stefan Mauk, cuba merampas bola di depan Trent Buhagiar dari BG Tampines Rovers semasa kemenangan 4-0 dalam pusingan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC Dua. - Foto: ASIAN FOOTBALL CONFEDERATION

BG Tampines Rovers telah dianugerahkan kemenangan 3-0 untuk perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara ACL2, selepas Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memutuskan pada 17 Februari bahawa pasukan lawan Vietnam mereka, Cong An Ha Noi, telah menurunkan pemain yang tidak layak.

Cong An telah meraih kemenangan 4-0 ke atas pasukan Liga Perdana Singapura di Stadium Hang Day pada 11 Februari, tetapi didapati telah menurunkan dua pemain yang sepatutnya digantung.

Mereka ialah pemain tengah Australia, Stefan Mauk dan pemain sayap Brazil, Rogerio Santos.

Disebabkan pelanggaran itu, keputusan telah dibatalkan. Pasukan Vietnam itu juga didenda US$2,000 (S$2,500) dan kehilangan separuh daripada yuran penyertaan US$80,000 mereka.

Perlawanan kedua akan berlangsung di Stadium Jalan Besar pada 18 Februari, dengan peluang Stags untuk mara ke suku akhir kini semakin cerah.

AFC juga menjelaskan bahawa Mauk dan Santos layak ke perlawanan kedua kerana mereka dianggap telah “menghabiskan” penggantungan mereka.

Pada 15 Februari, akhbar The Straits Times melaporkan kemungkinan keputusan perlawanan pertama dibatalkan selepas semakan mendapati kedua-dua pemain itu telah mengumpul tiga kad kuning dalam peringkat kumpulan, sekali gus mencetuskan penggantungan satu perlawanan.

Di bawah peraturan Liga Juara-Juara AFC Dua (ACL2), jika pemain atau pegawai menerima amaran dalam tiga perlawanan berasingan dalam pertandingan itu, mereka akan digantung secara automatik daripada perlawanan seterusnya.

Laman web AFC menunjukkan kedua-dua pemain menerima kad kuning ketiga mereka dalam perlawanan kumpulan terakhir, kalah 1-0 kepada Tai Po FC dari Hong Kong pada 11 Disember.

Mauk juga dilayangkan kad kuning dalam kekalahan 2-1 mereka kepada Macarthur FC dari Australia dan seri 2-2 dengan Beijing FC dari China, manakala Santos menerima kad kuning dalam kemenangan 2-1 mereka ke atas Beijing dan kemenangan 3-0 ke atas Tai Po.

Kesilapan pentadbiran terbaru ini adalah serupa dengan yang dilakukan oleh lawan Lion City Sailors dalam kelompok lapan terakhir semasa kempen ACL2 2024-25.

Dalam pada itu, pasukan Liga-J, Sanfrecce Hiroshima, menang 6-1 ke atas Sailors di Hiroshima dalam perlawanan suku akhir pertama tetapi dibatalkan kerana menurunkan Valere Germain, yang sepatutnya menjalani penggantungan tiga perlawanan.

Pada 12 Mac 2025, pasukan Sailors mengikat Sanfrecce yang beraksi 10 pemain dengan keputusan seri 1-1 dalam suku akhir perlawanan kedua mereka di Stadium Jalan Besar dan mara ke separuh akhir dengan kemenangan agregat 4-1.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg