Kohort terbaru penerima Biasiswa Luar Negara Unleash The Roar! (UTR!) diberi dorongan dan keyakinan untuk melakar kejayaan dalam kerjaya bola sepak masing-masing.

Pada 7 Ogos, sembilan penerima biasiswa itu mendapat kunjungan istimewa daripada kapten pasukan nasional Singapura, Hariss Harun, yang hadir semasa sesi latihan mereka di Hab Bola Sepak Kallang, untuk memberikan kata-kata semangat.