Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Harry Kane mengecewakan tatkala Bayern tewas kepada Lazio

Feb 15, 2024 | 03:06 PM



ROME: Percubaan Harry Kane daripada hantaran Thomas Muller terlepas sasarannya hanya tujuh minit selepas perlawanan pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara antara Bayern Munich dengan Lazio bermula.


Ternyata kegagalan penyerang Bayern itu mengecewakan kerana ia peluang terbaik beliau sepanjang perlawanan pada 14 Februari (waktu tempatan) itu.

Kane sekali lagi tidak menyerlah, dan jaringan penalti oleh Ciro Immobile memberi kemenangan 1-0 kepada Lazio.

Bayern akan menentang kelab Italy itu dalam perlawanan pusingan kedua pada 6 Mac.

Musim pertama Kane bersama Bayern bermula dengan baik, lantas kemerosotan prestasinya membimbangkan dan ia turut ‘merebak’ ke seluruh pasukan.

Bayern, yang menjuarai Bundesliga sepanjang 11 musim lalu, kini mungkin mengakhiri musim kali ini tanpa sembarang piala.

Selain kekalahan perlawanan pertama menentang Lazio, Bayern telah tersingkir daripada Piala Jerman selepas ditewaskan oleh Saarbrucken, sebuah pasukan divisyen ketiga Liga Jerman.

Kane sudah pun terlepas peluang memenangi piala pertamanya bersama Bayern, apabila mereka kalah teruk 0-3 kepada RB Leipzig dalam Piala Super Jerman.

Prestasi mereka dalam Bundesliga turut membimbangkan, selepas dikalahkan 3-0 oleh pendahulu liga Bayer Leverkusen pada 11 Februari.

Ini meletak mereka lima mata di belakang Leverkusen.

Kane mempunyai hanya satu percubaan semasa menghadapi Leverkusen dan ketika menentang Lazio, tiada satu pun percubaannya mengena sasaran.

Beliau tidak menjangka akan berada dalam situasi sebegitu teruk selepas tiba dari Tottenham pada musim panas lalu.

Pada mulanya, keadaan kelihatan baik buat Kane. Beliau menjaringkan 22 gol dalam 16 perlawanan pertamanya.

Kini beliau hanya mempunyai enam gol dalam 12 perlawanan terakhirnya.

“Beliau tidak mendatangkan kesan yang sama sepanjang beberapa minggu lalu dengan impak beliau pada permulaan musim ini,” kata pakar bola sepak Eropah, Raphael Honegstein, kepada media.

“Pada separuh masa pertama, kami memulakan perlawanan dengan baik dan menghasilkan beberapa peluang, termasuk peluang untuk saya,” kata Kane kepada media.

“Separuh masa kedua sungguh mengecewakan. Kami bermain dengan kurang bertenaga dan kurang keyakinan. Kami akhirnya dihukum.”

Seorang lagi individu yang menghadapi tekanan sekarang ialah pengurus Bayern, Thomas Tuchel.

Sekiranya mengakhiri musim ini tanpa trofi, jawatannya sudah pasti terancam.

Dalam satu lagi perlawanan peringkat 16 terakhir pada 14 Februari, jaringan separuh masa kedua Kylian Mbappe dan Bradley Barcola memberi tuan rumah Paris St Germain (PSG) kemenangan 2-0 ke atas Real Sociedad.

Ramai mengatakan Sociedad, yang menjelang perlawanan itu tidak pernah kalah dalam liga tersebut dan menduduki tempat teratas Kumpulan D, merupakan pasukan yang lebih baik pada malam itu, sehingga Mbappe menjaringkan golnya melalui hantaran Marquinhos untuk meletak PSG di depan pada minit ke-58.


Tiga minit kemudian, Barcola menambah jaringan PSG.


Dua pasukan itu akan bertemu lagi dalam pusingan kedua pada 6 Mac. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >