Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hasrat Noah Lim ulangi kejayaan terbantut

May 08, 2023 | 05:30 AM



HASRAT jaguh jiu-jitsu negara, Noah Lim, mencapai kemenangan kedua dalam sukan itu terbantut.



Beliau tewas kepada Lim Marc Alexander Foronda dalam peringkat separuh akhir acara Ne-waza No Gi 69 kilogram pada Ahad - pertama kali beliau menyertai acara itu bagi Sukan SEA.



Pada Sabtu, beliau menjuarai acara Ne-waza Gi 69 kilogram, sekali gus meraih emas pertama Singapura dalam Sukan SEA Kemboja.



Menurut laman seni bela diri campuran (MMA) mmachannel, perbezaan antara Gi dengan No Gi adalah seragam yang dipakai - pakaian bagi Gi adalah seragam ala kimono, manakala pakaian bagi No Gi baju spandex ketat yang dipanggil rashguard.



Sungguhpun begitu, Lim tetap meraih pingat gangsa bagi negara.



Selepas perlawanan, beliau berkata: "Saya amat kecewa kerana saya rasa saya sedang memenangi perlawanan (separuh akhir itu) tetapi saya membuat kesilapan."



Rakan senegara, Tang Yong Siang, pula mengekalkan pingat perak yang dimenanginya pada Sukan SEA sebelum ini dalam acara Ne-waza No Gi 56 kilogram.



Dalam pada itu, pasukan renang negara berjaya menyumbang kepada rekod 1,000 pingat emas dalam Sukan SEA bagi Singapura selepas memenangi acara berpasukan gaya bebas 4 x 100 meter pada Sabtu.



Pasukan yang dianggotai Quah Ting Wen, Nur Marina Chan, Quah Jing Wen dan Amanda Lim mencatatkan masa 3 minit 44.29 saat dalam acara yang diadakan di Pusat Akuatik Negara Morodok Techo.



Dalam acara sebelum itu, Quah Zheng Wen memenangi acara kuak lentang 100 meter dengan catatan masa 55.22 saat.



Dalam acara 100 meter gaya bebas pula, Jonathan Tan berjaya meraih emas dan memecahkan masa peribadi terbaik beliau dengan catatan masa



Pasukan renang telah mengutip pingat emas dalam setiap temasya sukan itu kecuali edisi pada 1961 - iaitu 373 emas sepanjang 64 tahun.



Singapura merupakan negara keenam dan paling kecil di kalangan 11 negara sertaan Sukan SEA yang mencapai 1,000 pingat emas dalam temasya sukan itu di samping Thailand, Indonesia, Malaysia, Vietnam dan Filipina,



Setakat 6 petang (waktu Singapura), kontinjen negara berjaya merangkul 13 pingat - enam emas, dua perak dan lima gangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >