Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hasrat pasukan Ronaldo, Al-Nassr, ke separuh akhir terbantut

LIGA JUARA-JUARA ASIA
Mar 12, 2024 | 02:41 PM



RIYADH: Pasukan Liga Pro Saudi, Al-Nassr, gagal ke separuh akhir Liga Juara-juara Asia setelah tewas 1-3 melalui tendangan penalti kepada Al-Ain pada 11 Mac di Stadium Al-Awwal.


Skuad yang dibintangi Cristiano Ronaldo itu bangkit daripada kekalahan 0-1 dalam perlawanan suku akhir pertama untuk menang 4-3 dalam perlawanan kedua itu, tetapi dengan agregat terikat 4-4, perlawanan ditentukan melalui sepakan penalti.

Tiga pemain import Al-Nassr – Miroslav Brozovic, Alex Telles dan Otavio – semuanya gagal menjaringkan gol sepakan penalti, sekali gus memberi peluang kepada Al-Ain, dari Amiriah Arab Bersatu (UAE), mara ke separuh akhir.

Ini kali pertama sejak 2016 Al-Ain layak ke pusingan separuh akhir dan ia bakal menentang Al-Hilal atau Al-Ittihad, kedua-duanya dari Arab Saudi, pada April.

Penjaga gol Al-Ain, Khalid Eisa, menebus prestasi mengecewakan beliau dengan menyelamatkan sepakan penalti pembukaan oleh Brozovic.

Oleh kerana Soufiane Rahimi, Kaku dan Sultan Al Shamsi daripada Al-Ain menjaringkan gol daripada sepakan penalti mereka, sepakan Otavio yang tersasar bermakna Al-Nassr tersingkir.

Sepakan penalti itu menamatkan pertembungan mendebarkan dengan tujuh gol dan satu kad merah dilayangkan semasa perlawanan itu.

Rahimi meletak pasukan pelawat di hadapan dengan gol pada minit ke-28 dan ke-45, tetapi jaringan Abdulrahman Ghareeb lima minit dalam masa kecederaan separuh masa pertama memberi harapan kepada Al-Nassr.

Tendangan rendah Otavio terarah ke gawang sendiri oleh Khaled Eisa enam minit selepas perlawanan dimulakan semula dan Alex Telles menyamakan kedudukan agregat 18 minit sebelum tamat permainan menerusi sepakan percuma yang rendah oleh Eisa.

Ayman Yahya daripada Al-Nassr dilayangkan kad merah kerana terkaman ganas ke atas Bandar Al-Ahbabi dalam separuh pertama masa tambahan.

Namun Ronaldo menjaringkan gol daripada sepakan penalti dua minit sebelum wisel penamat dalam masa tambahan selepas penyerang asal Portugal itu dikasari dalam kotak penalti oleh Saeed Jumaa.

Ia sekali gus membuat perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Ronaldo satu-satunya pemain Al-Nassr daripada empat pemain yang melakukan sepakan penalti yang menjaringkan gol dalam detik penentuan itu.

Dalam perlawanan lain, pasukan Korea Selatan Jeonbuk Motors dan Ulsan Hyundai akan bertarung bagi perlawanan timbal balas pada 12 Mac selepas perlawanan mereka sebelum ini berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Pasukan asal Jepun, Yokohama F Marinos, pula dijangka mempertahankan kelebihan agregat 2-1 mereka apabila menjadi tuan rumah kepada pasukan Liga Super China, Shandong Taishan, pada 13 Mac. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >