Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Penyerang Sailors, Maxime Lestienne menang besar

Nov 23, 2023 | 09:54 PM



Setelah terlepas memperoleh anugerah Pemain Terbaik Liga Perdana Singapura (SPL) 2022, penyerang Lion City Sailors, Maxime Lestienne, kembali menebus kekecewaan itu apabila muncul sebagai pemenang terbesar dalam Malam Anugerah Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) 2023.

Di majlis anugerah tahunan itu, yang diadakan di Orchard Hotel pada Khamis, Lestienne, 31 tahun, menggondol tiga anugerah menyusuli kecemerlangannya untuk musim 2023 SPL.

Dengan jaringan 25 gol dan 21 umpanan, warga Belgium itu dinobat Pemain Terbaik SPL.

Beliau mengalahkan dua pemain Jepun, Seia Kunori (Albirex Niigata) dan Ryoya Taniguchi (Balestier Khalsa) dalam kategori itu.

“Saya gembira dan bangga dapat menang trofi ini. Ini adalah tahun yang terbaik… Tetapi, saya mungkin tidak akan dapat melakukannya tanpa rakan sepasukan saya,” kata bekas pemain PSV Eindhoven itu.

Jumlah jaringan Lestienne juga merupakan yang terbanyak musim ini menghadiahkannya anugerah Penjaring Gol Terbaik.

Prestasi mantap itu turut membolehkannya merebut tempat dalam Pasukan Terbaik SPL.

Sasaran seterusnya adalah kejuaraan pasukan dalam Piala Singapura. 

Sailors mendahului Kumpulan B dan hanya perlu seri menentang Hougang United pada Sabtu untuk menjamin tempat di separuh akhir.

Mereka juga masih berpeluang ke pusingan seterusnya Liga Juara-Juara Asia, selepas meraih enam mata daripada empat perlawanan. 

Lestienne menambah: “Ia adalah musim panjang dan saya akan beri yang sebaik mungkin untuk baki perlawanan…matlamatnya adalah menang Piala.”

Juara SPL 2023, Albirex Niigata memenangi dua anugerah.

Kunori, 22 tahun, dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik, manakala Kazuaki Yoshinaga merangkul anugerah Jurulatih Terbaik buat kali keempat.

Sarung Tangan Emas, yang diberikan kepada penjaga gol dengan jumlah perlawanan terbanyak tanpa membolos gol, dimenangi Syazwan Buhari dari Tampines Rovers.

Sementara itu, jaringan penyerang Tanjong Pagar United, Khairul Amri dalam perlawanan menentang Hougang United pada 6 April dinilai sebagai Gol Terbaik.

Sebanyak 24 anugerah disampaikan dalam edisi ketujuh Malam Anugerah FAS, yang mengiktiraf prestasi cemerlang dalam SPL, serta Liga Perdana Wanita (WPL) dan Liga Bola Sepak Singapura (SPL) 1 dan 2.

Bekas pemain nasional Jepun, Kitahara Kana, 34 tahun, dinobat Pemain Terbaik WPL.

Pemain Albirex itu, yang menjaringkan 17 gol musim ini, mengalahkan pesaing lain, Izzati Rosni (Sailors) dan Nur Raudhah Kamis (Hougang United), bagi kategori itu.

Pemain midfield Tanjong Pagar United, Dhaniyah Qasimah pula meraih anugerah Pemain Muda Terbaik, manakala Yeong Sheau Shyan dipilih sebagai Jurulatih Terbaik untuk dua tahun berturut-turut selepas membimbing Sailors mempertahankan gelaran juara WPL mereka musim ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >