Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Hassan Sunny raya di hospital dek cedera dalam perlawanan

Jun 29, 2017 | 05:30 AM



KEADAAN cemas seketika apabila penjaga gawang Home United, Hassan Sunny, terlantar kaku di tengah padang dan darah mengalir dari hidungnya Jumaat lalu.



Beliau tampak parah setelah bertembung kepala dengan pemain bek kiri Albirex Niigata, Naofumi Tanaka, sewaktu cuba menepis bola keluar dari kotak penalti dalam perlawanan Liga-S.



Perlawanan terpaksa ditangguhkan seketika dan dua pemain itu dihantar ke hospital.



Hassan, 33 tahun, perlu topeng oksigen sewaktu diusung keluar padang.



Beliau dibenarkan keluar hospital kelmarin dan sekarang berihat di rumah untuk sembuh sepenuhnya.



Selepas perlawanan Jumaat itu, yang dimenangi Home United 2-0, jurulatih pasukan itu, Aidil Sharin, berkata: "Fikiran saya sekarang pasti lebih mengenai Hassan daripada kemenangan yang telah kami kecapi."



Ia lebih membimbangkan lagi, terutama buat ahli keluarga Hassan, ialah beliau perlu dimasukkan ke hospital dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.



Hassan menjalani tiga pemeriksaan perubatan - imbasan CT, X-Ray dan imbasan MRI - yang mengesahkan hidung beliau patah, walaupun pada mulanya beliau disyaki mengalami bahu terkehel dan kecederaan tulang belakang juga.



"Mujur, saya hanya mengalami kecederaan patah tulang hidung daripada pertembungan itu.



"Namun, doktor juga memberitahu saya bahawa saya juga mungkin mengalami kecederaan whiplash, atau ketegangan leher, kerana telah jatuh dan terhantuk pada bahagian belakang kepala saya.



"Disebabkan itu kadangkala saya masih berasa sakit kepala, tetapi alhamdulillah keadaan saya sekarang beransur pulih," kata Hassan ketika dihubungi Berita Harian baru-baru ini.



Sedang orang lain menyambut Hari Raya dengan kunjung-mengunjungi, Hassan dan keluarga 'beraya' di Hospital Raffles.



Beliau dijangka keluar hospital pada Hari Raya pertama, namun ditahan lagi kerana mengalami demam panas.



"Walaupun sedih tidak dapat menyambut Raya pertama di rumah, saya tidak begitu bimbang kerana bagi saya kesihatan lebih penting.



"Bagaimanapun saya gembira kerana masih dapat beraya bersama keluarga di hospital," katanya, yang mempunyai dua anak perempuan berusia empat dan tujuh tahun.



Ketika dirawat di hospital, beliau turut mendapat kunjungan fraterniti bola sepak negara, termasuk jurulatih Singapura, V. Sundramoorthy, dan presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Lim Kia Tong.



"Mereka datang memberi kata- kata semangat dan berharap saya dapat sembuh sepenuhnya," ujar Hassan, sambil berkata Lim mengunjung beliau di hospital hampir setiap hari.



Pemain senior dalam skuad Singa itu sudahpun pulang ke rumah namun masih memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya.



"Buat masa ini, saya hanya perlu fokus pada kesihatan saya, dan doktor beberapa minggu sebelum saya dapat beraksi semula," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >