Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hatrik Kristijan Krajcek bantu rangkul trofi Piala Singapura pertama Hougang

Nov 19, 2022 | 08:49 PM



HATRIK pemain midfield Kristijan Krajcek menghadiahkan Hougang United Piala Singapura sulung mereka selepas pasukan The Cheetahs menumpaskan juara bertahan Tampines 3-2 dalam aksi yang mendebarkan pada Sabtu (19 November). 



Tampines adalah pemenang terakhir kejohanan tahunan itu pada 2019 - dua edisi lalu dibatalkan dek pandemik - dan sudah empat kali menjuarainya.



Sementara itu, perlawanan akhir malam ini merupakan yang pertama buat Hougang dalam Piala Singapura.



Justeru, kemenangan malam ini memberikan pengakhiran yang menggembirakan untuk Hougang yang memiliki musim kurang meyakinkan dalam Liga Perdana Singapura (SPL).



Mereka hanya mampu menamatkan musim di kedudukan kelima daripada lapan pasukan. 



Di Stadium Jalan Besar, Hougang memulakan perlawanan lebih rancak, dengan anak didik penolong jurulatih Firdaus Kassim - yang menggantikan ketua jurulatih Clement Teo atas sebab perubatan - menguasai pemilikan bola sambil cekap memberi tekanan pada lawan. 



Usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-17 ketika Krajcek berjaya merampas bola dari Tampines, yang gemar menyusun serangan dari benteng pertahanan, di tengah padang. 



Warga Croatia itu pantas menjumpai rakan pasukan Pedro Bortoluzo, yang melakukan hantaran ‘back-heel’ untuk membantu Krajcek menyumbat gol pertamanya malam ini.



Tampines kemudian bangkit menyamakan kedudukan enam minit sebelum waktu rehat.



Serangan balas pasukan Gavin Lee memporak-perandakan pertahanan Hougang dan membuka ruang untuk Taufik Suparno meledakkan jaringan mantap dari jarak jauh untuk membolos gawang Zainol Gulam.



Tampines meneruskan rentak mereka dalam babak kedua dan tandukan Irfan Najeeb, yang tidak diawasi di hujung gawang, pada minit ke-47, meletakkan pasukannya di depan.



Namun, kegembiraan itu tidak bertahan lama.



Sembilan minit kemudian, Krajcek kembali menemui sasaran ketika rembatan melencongnya dari luar kotak penalti membawa keriuhan kepada penyokong Hougang dalam stadium.



Malam ini terbukti malam Krajcek apabila pemain midfield itu menjaringkan gol ketiganya pada minit ke-79, sekali gus menjadi wira pasukan untuk menyempurnakan kempen Hougang dalam piala tersebut.



Juara SPL 2022, Albirex Niigata merangkul tempat ketiga semalam selepas mengalahkan Balestier Khalsa 3-2.



Piala Singapura malam ini menutup musim bola sepak domestik bagi semua kelab setempat kecuali Lion City Sailors yang akan menjadi tuan rumah kepada kelab Jerman, Borussia Dortmund, di Stadium Jalan Besar pada malam Khamis, sebagai sebahagian jelajah Asia mereka. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >