Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Havertz cetus kemenangan Arsenal ke atas PSG

Oct 2, 2024 | 3:40 PM
Kai Havertz (kiri) menghadang pemain PSG, Marquinhos, dalam perlawanan di London pada 1 Oktober.
Kai Havertz (kiri) menghadang pemain PSG, Marquinhos, dalam perlawanan di London pada 1 Oktober. - Foto EPA-EFE

LONDON: Sepanjang 12 bulan lalu, Kai Havertz bak pemanas bangku pemain pengganti Arsenal selepas perpindahan mahal dari Chelsea, tetapi kini penyerang Jerman itu membuktikan bayaran 65 juta paun ($83.9 juta) itu sepadan dengan permulaan sensasi musim ini.

Pemain berusia 25 tahun itu membantu Arsenal menang 2-0 di tempat sendiri menentang Paris Saint-Germain (PSG) dalam Liga Juara-Juara Eropah pada 1 Oktober dengan larian dan tandukan tepat pada minit ke-20.

Selepas harungi 10 perlawanan dengan The Gunners musim lalu, ia adalah gol kelimanya bagi kelab itu dalam kempen semasa yang membuat beliau layak menerima anugerah pemain terbaik.

“Etika kerjanya luar biasa dan kini beliau menjadi ancaman sebenar. Beliau adalah antara pemain utama kami pada masa ini,” kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta, yang menunjukkan kepercayaan besar terhadap Havertz yang terkial-kial musim lalu.

Ia adalah malam yang memuaskan bagi Arteta dengan anak buahnya mendominasi separuh masa pertama dan kemudian dengan selesa mengawal perlawanan selepas rehat.

“Kami menderita lebih daripada yang sepatutnya. Liga Juara-Juara Eropah membawa tuntutan berbeza tetapi saya fikir kami kendalikannya dengan baik,” kata beliau.

Kemenangan itu, selepas seri 0-0 dengan Atalanta, melonjakkan Arsenal ke tangga kelapan dalam carta 36 pasukan.

Arteta berkata masih terlalu awal untuk meramalkan berapa banyak lagi kemenangan yang diperlukan untuk layak secara automatik ke pusingan 16 terakhir.

“Saya tidak melihat carta pun,” katanya. “Tetapi saya fikir ia akan menjadi perjalanan yang panjang.”

Satu lagi rangsangan bagi Arsenal ialah melihat pemain baru Mikel Merino buat untuk penampilan pertama pada separuh masa kedua selepas terlepas permulaan musim kerana kecederaan.

Namun pemain pertahanan Jurrien Timber dikeluarkan pada separuh masa sebagai langkah berjaga-jaga selepas mengalami masalah otot.

Jurulatih PSG, Luis Enrique, berkata beliau tidak tahu berapa lama masa yang diperlukan untuk menjadikan pasukannya kembali menjadi pasukan gergasi Eropah selepas mengalami kekalahan pertama musim ini.

Juara Perancis itu, yang kehilangan pemain azimat Kylian Mbappe kepada Real Madrid pada musim panas, kelihatan seperti pasukan dalam peralihan.

Enrique, yang ketepikan penyerang Ousmane Dembele atas sebab disiplin, menerima tanggungjawab atas kekalahan itu tetapi kelihatan mempersoal semangat juang pasukannya.

“Adalah mustahil bermain untuk keputusan positif apabila anda tidak menangi sebarang persaingan di padang. Pertahanan mereka dapat menjangka penyerang kami, tetapi pertahanan kami tidak menjangka penyerang mereka. Arsenal lebih hebat,” kata beliau.

Mereka menduduki tempat teratas Ligue 1 dan menewaskan Girona dalam perlawanan pertama kumpulan Liga Juara-Juara, tetapi kualiti Arsenal meningkat hingga membuat anak buah Enrique hadapi kesukaran.

“Arteta berada di sini selama lima tahun, saya berada di Paris setahun dua bulan. Saya tidak tahu di mana kami berada. Saya mempunyai idea jelas di tempat mana kami mahu berada tetapi saya tidak tahu berapa banyak masa yang saya perlukan.” – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg