Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

'HotShotz' sedia latihan bola sepak percuma

Kanak-kanak dari keluarga susah, kanak-kanak yang berkeupayaan khas berpeluang 'turun padang'
Apr 26, 2021 | 05:30 AM



GURU sekolah rendah dan jurulatih bola sepak Shahul Hamid merasakan pilihan menjalani latihan bola sepak yang inklusif dan percuma di peringkat akar umbi berkurangan.



Ini termasuk bagi kanak-kanak berkeupayaan khas dan mereka dari keluarga berkemampuan rendah yang tidak dapat menyertai akademi privet yang biasanya mengenakan yuran lebih mahal.



Justeru Januari lalu, Shahul, 39 tahun, melancarkan program bola sepak HotShotz untuk mengisi jurang ini.



Kini, selama hampir dua jam pada Sabtu, Shahul dan beberapa rakan yang bersependapat akan menjalankan program itu bagi kanak-kanak berusia antara lima tahun dengan 12 tahun di Sekolah Victoria di Siglap.



Shahul, yang menjadi jurulatih pasukan bola sepak Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS) - antara pasukan sekolah rendah terbaik di Singapura sejak beberapa tahun lalu - juga mendapatkan bantuan daripada mentornya, bekas pengarah teknikal bola s epak Brunei dan Laos Mike Wong dan bekas sekolahnya menerusi Persatuan Bekas Pelajar Victoria (OVA).



Bekas penjaga gawang nasional Stephen Ng juga membantu menubuhkan HotShotz, sebelum beliau menjadi jurulatih pasukan bola sepak nasional wanita bulan lalu.



Dihubungi The New Paper baru-baru ini, Shahdul berkata:



"Kami mahu memberi sumbangan yang berlainan sikit kepada masyarakat, yang lebih kepada orang yang tidak mempunyai akses kepada sukan.



"Ini kerana jika anda melihat sukan-sukan di sekolah... biasanya hanya 16-20 pelajar akan dipilih menyertai latihan," ujar Shahul.



"Disebabkan ini, kami menumpukan perhatian kepada mereka yang tidak dipilih dan yang tidak mendapat latihan."



Mengulas mengenai melibatkan kanak-kanak berkeperluan khas dalam program itu, Shahul berkata melalui pengamatannya golongan ini biasanya terlepas peluang menyertai program sedemikian.



"Saya menyokong program ini supaya menjadi inklusif kerana inginkan mereka bermain bola sepak dan bersukan," ujar beliau, yang berkata beliau menggunakan masa lapang yang disebabkan Covid-19 untuk memperkukuh konsep bagi program itu, termasuk melibatkan OVA, yang turut dianggotainya.



Malah, Ng menyertai kursus Introduction to Disability Sports yang dikendalikan oleh Politeknik Republic, untuk membantu pasukan jurulatih lapan anggota HotShotz membangunkan program bagi kanak-kanak berkeperluan khas.



Buat masa ini, program HotShotz disertai 27 budak lelaki dan lima budak perempuan, termasuk dua kanak-kanak autistik.



Antara mereka ia Ayden Kok, 10 tahun, yang menghidap autisme fungsi tinggi dan menghadiri Hot Shotz bersama adik lelakinya Nicolas, enam tahun.



Ibu mereka Cik Regina Kok, 38 tahun, berkata adalah sukar mencari program yang memberi peluang bagi kededua adik-beradik itu menyertainya bersama.



Seorang lagi peserta program, Muhammad Ridwan, yang mendaftarkan dua cucu saudaranya Aliff Darda'i, 13 tahun, dan Noh Emy Andiqa, enam tahun, berkata program sedemikian penting kerana ia tidak membeza-bezakan antara orang miskin dengan orang kaya.



"Mereka begitu ghairah untuk menyertai latihan, sehingga mereka menyiapkan peralatan dan pakaian sebelum tidur pada malam sebelumnya," ujar Ridwan, yang bertugas dalam sektor hospitaliti.



Peserta membayar yuran sekali $60 untuk membali pakaian latihan dan insurans. Namun OVA menampung kos bagi peserta yang tidak mampu membayarnya, kata Shahul.



Menurut Shahul, beliau terpaksa menggunakan kaedah berbeza daripada kaedah yang digunakan di TKPS, dalam program HotShotz, kerana program itu melibatkan pemain bola sepak dengan pelbagai tahap kebolehan.



Namun beliau ingin menerapkan sebahagian teknik yang pernah digunakan tidak lama lagi.



Di TKPS, Shahul memimpian pasukan bola sepak sekolah itu menjadi juara Pertandingan Sekolah-Sekolah Nasional Junior (Bawah-11 tahun) pada 2010 dan 2017; serta menjadi juara kategori Senior (Bawah-13 tahun) pada 2018.



TKPS juga memenangi Cabaran Futsal Antara Sekolah (Bawah-10 tahun) pada 2019.



Shahul, yang mengajar Matematik dan Sains, menggunakan kaedah inovatif seperti menggunakan dron untuk mengambil video semasa latihan untuk menunjukkan pemainnya kedudukan posisi masing-masing



Beliau juga menggunakan program Micro:bits untuk mendorong pemainnya belajar dan menyusun kod. Sebagai contoh, ada pemain yang telah menggunakan program itu untuk menghasilkan penjejak langkah untuk menjejaki jarak yang dilalui semasa latihan.



Shahul berkata:



"HotShotz melibatkan kanak-kanak di peringkat permulaan... kami tidak menjangka mereka boleh menendang bola sepak pun... jadi ia berbeza dengan melatih pemain dalam pasukan sekolah...



"Namun Micro:bits ialah suatu yang ingin kami cuba di masa depan, kerana kami lihat ia mengghairahkan kanak-kanak."




SUMBANGAN BAGI MEREKA YANG TIDAK BERPELUANG BERSUKAN



Kami mahu memberi sumbangan yang berlainan sikit kepada masyarakat, yang lebih kepada orang yang tidak mempunyai akses kepada sukan.

Ini kerana jika anda melihat sukan-sukan di sekolah... biasanya hanya 16-20 pelajar akan dipilih menyertai latihan.

Disebabkan ini, kami menumpukan perhatian kepada mereka yang tidak dipilih dan yang tidak mendapat latihan.

- Shahul Hamid, guru sekolah rendah dan jurulatih bola sepak




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >