Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Hougang boleh ambil kesempatan

Aug 13, 2021 | 05:30 AM



PEREBUTAN bagi piala Liga Perdana Singapura (SPL) di puncak liga semakin menarik lagi berikutan keputusan yang tidak dijangka dalam perlawanan minggu ke-14.



Albirex Niigata kalah 2-1 secara mengejut di tangan Tanjong Pagar manakala tempat kedua, Lion City Sailors pula seri 1-1 bersama Balestier Khalsa minggu lalu.



Ini memberikan peluang bagi Hougang United untuk memburu kesemua tiga mata dalam perlawanan bersama Albirex di Stadium Jurong East malam ini.



Kemenangan ke atas Albirex mampu merapatkan jurang Hougang di puncak liga.



Mereka kini berada di tempat ketiga dan hanya lima mata memisahkan kelab yang digelar Cheetahs itu daripada Albirex.



Apatah lagi, penjaring gol terbanyak liga musim ini Tomoyuki Doi mampu menjadi pemain penting bagi Hougang dalam perlawanan itu nanti. Bekas pemain Albirex itu telah menyumbangkan 16 gol setakat ini dan Hougang akan bergantung harapan bagi penyerang itu untuk menghasilkan gol lagi malam ini.



Meskipun kalah buat kali pertama musim ini, jurulatih Albirex Keiji Shigetomi berharap anak buah beliau dapat kekal positif untuk teruskan misi mempertahankan status juara bertahan mereka.



Sailors pula berpeluang untuk berkongsi sama mata (31 mata) dengan Albirex dalam 14 perlawanan sekiranya mereka menang menentang Tampines Rovers Ahad ini.



Namun, ia merupakan cabaran besar bagi Sailors tanpa kapten mereka, Hassan Sunny dalam perlawanan itu nanti. Penjaga gawang itu terlibat dalam satu pertembungan bersama pemain Balestier, Jorge di kotak penalti minggu lalu dan dia dikejarkan ke hospital selepas disyaki mengalami kecederaan leher.



Rudy Khairullah bakal mengambil alih tanggungjawab di gawang dalam perlawanan itu nanti.



Bagi Tampines, ini merupakan perlawanan pertama kembali di liga setelah mereka diberikan tempoh membuat persiapan yang mencukupi selepas tempoh kuarantin berakhir bulan lalu.



Anak buah Gavin Lee ingin menunjukkan kesungguhan mereka kepada peminat bola sepak tempatan setelah keluar dari kempen Liga Juara Asia (ACL) di Uzbekistan baru-baru ini.



Tampines kalah dalam semua perlawanan dalam kumpulan mereka sepanjang kempen mengecewakan itu.



Dalam perlawanan lain, Young Lions bakal beraksi bersama Balestier Khalsa di Stadium Jalan Besar esok. Anak buah Phillipe Aw ingin ulangi prestasi cemerlang mereka dalam perlawanan yang sama bulan lalu di mana Young Lions berjaya menang 3-2 ke atas Balestier.



Ia juga merupakan kemenangan pertama mereka musim ini.



Balestier pula berharap dapat bangkit semula dan bergantung harapan kepada penyerang Šime Žužul untuk menyumbangkan gol selepas dia menjaringkan gol dalam tujuh perlawanan berturut-turut sebelum ini.



Geylang International pula akan berdepan Tanjong Pagar United di Our Tampines Hub esok.



Tanjong Pagar akan cuba sedaya upaya untuk tidak ulangi kekalahan 3-2 dalam perjumpaan sama bulan lalu. Penyerang Brazil, Luiz Junior juga ingin teruskan prestasi cemerlang beliau di kotak penalti setelah menyumbangkan sembilan gol bagi Tanjong Pagar musim ini.




JADUAL PERLAWANAN



Malam ini, 7.45 malam

Albirex Niigata lwn Hougang United, Stadium Jurong East



Esok, 5.30 petang

Young Lions lwn Balestier Khalsa, Stadium Jalan Besar

Geylang International lwn Tanjong Pagar United, Our Tampines Hub



Ahad, 5.30 petang

Lion City Sailors lwn Tampines Rovers , Stadium Jalan Besar



* Siaran langsung perlawanan di YouTube, Facebook Liga Perdana Singapura, SingTel TV, StarHub TV




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >