Topic followed successfully
Go to BHkuHull hanya selangkah dari EPL selepas tamatkan harapan Millwall
Hull hanya selangkah dari EPL selepas tamatkan harapan Millwall
Mohamed Belloumi pecah kebuntuan pasukan dengan tendangan hebat
May 12, 2026 | 2:11 PM
Hull hanya selangkah dari EPL selepas tamatkan harapan Millwall
Mohamed Belloumi (kanan) dari Hull City menjaringkan gol pertama melepasi penjaga gol Anthony Patterson dari Millwall pada perlawanan kedua separuh akhir di The Den pada 11 Mei. - Foto REUTERS
LONDON: Hull City kini hanya selangkah lagi untuk kembali ke Liga Perdana England (EPL) selepas menumpaskan Millwall 2-0 di padang lawan dalam perlawanan penentuan kedua separuh akhir atau playoff Liga Kejohanan pada 11 Mei.
Pemain gantian asal Algeria, Mohamed Belloumi, memecah kebuntuan di The Den (stadium Millwall) pada minit ke-64 – selepas perlawanan pertama di Hull berakhir 0-0 minggu lalu – apabila pemain sayap itu melepaskan tendangan yang menakjubkan ke sudut jauh gawang.
Laporan berkaitan
Coventry layak
ke Liga Perdana England selepas
25 tahun tersingkirApr 18, 2026 | 10:23 AM
