Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Iga Swiatek menang kejohanan ketiga di Doha

Feb 19, 2024 | 3:31 PM
Pemain wanita nombor satu dunia, Iga Swiatek, menewaskan pemain Kazakhstan, Elena Rybakina, pada 17 Februari untuk merangkul kejohanan Terbuka Qatar buat tahun ketiga berturut-turut.
Pemain wanita nombor satu dunia, Iga Swiatek, menewaskan pemain Kazakhstan, Elena Rybakina, pada 17 Februari untuk merangkul kejohanan Terbuka Qatar buat tahun ketiga berturut-turut. - Foto EPA-EFE

DOHA: Pemain wanita nombor satu dunia, Iga Swiatek, merangkul kejohanan Terbuka Qatar buat tahun ketiga berturut-turut dengan kemenangan ke atas pemain Kazakhstan, Elena Rybakina, menerusi straight-set atau dua set berturut-turut pada 17 Februari.

Bintang Poland itu sebelum ini menghadapi dua defisit mata ‘break’ pada set pertama namun bangkit dan berjaya menewaskan Rybakina 7-6 (10-8) 6-2 di Doha.

Kemenangan di Doha itu merupakan kejohanan Persatuan Tenis Wanita (WTA) pertama pada 2024 dan kejohanan ke-18 secara keseluruhan untuk Swiatek, 22 tahun, yang juga juara Grand Slam empat kali.

Swiatek ialah pemain pertama yang memenangi gelaran perseorangan WTA tiga kali berturut-turut sejak pemain Amerika Syarikat, Serena Williams, memenangi Terbuka Miami dari 2013 hingga 2015.

Swiatek ketinggalan 4-1 pada set pertama tetapi akhirnya menemui rentaknya dan bermain dengan lebih baik sebelum pemutus atau tie-break tamat.

Rybakina terpaksa mengambil masa rehat selepas beliau terpukul kakinya dengan raketnya semasa membuat servis pada set pertama.

Swiatek menang set seterusnya di mana Rybakina melakukan hantaran servis, dan kemudian menang set di mana beliau membuat hantaran servis kemenangan.

Kededua Swiatek dan Rybakina dijadualkan bermain dalam Kejohanan Tenis Dubai, yang bermula pada 23 Februari.

Di samping itu, pemain Australia, Alex de Minaur, menewaskan pemain Bulgaria, Grigor Dimitrov, 6-4 6-3, pada hari lahirnya yang ke-25 untuk mara ke final Terbuka Rotterdam.

De Minaur akan menentang juara Terbuka Australia, pemain Italy, Jannik Sinner pada 25 Februari selepas beliau menewaskan pemain Belanda, Tallon Griekspoor, 6-2 6-4.

Pemain Sepanyol, Carlos Alcaraz, yang merupakan juara Wimbledon, terlepas perlawanan akhir pertama musim ini apabila beliau tewas 7-6 (7-2) 6-3 kepada pemain Chile, Nicolas Jarry, pada pusingan separuh akhir Terbuka Argentina.

Alcaraz ialah juara bertahan dalam kejohanan itu.

Untuk Terbuka Pantai Delray pula, pemain Britain, Julian Cash, akan menentang rakan senegaranya, Neal Skupski, dalam perlawanan akhir beregu lelaki pada 25 Februari di Florida.

Cash dan pemain Amerika, Robert Galloway, menewaskan pemain Monaco, Hugo Nys, dan pemain Poland, Jan Zielinski, 6-4 7-5 pada pusingan separuh akhir, manakala Skupski dan pemain Mexico, Santiago Gonzalez, menewaskan pemain Ecuador, Diego Hidalgo, dan pemain Uruguay, Cristian Rodriguez 7-6 (11-9) 7-6 (7-5). – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg