Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Swiatek elak kalah mengejut, mara ke pusingan ketiga

Jan 18, 2024 | 04:09 PM



MELBOURNE: Pemain pilihan utama untuk menjuarai kejohanan tenis, Iga Swiatek, mengelak penyingkiran awal di Terbuka Australia pada 18 Januari dengan menterbalikkan dua defisit mata ‘break’ dalam set penentu untuk menewaskan Danielle Collins.


Swiatek ketinggalan 1-4 tetapi menunjukkan ketenangan dan semangat juang ketika Collins bergelut untuk menang 6-4 3-6 6-4 dalam pusingan kedua.

Pemain pilihan kelima, Jessica Pegula, menjadi mangsa ranking tinggi dalam acara perseorangan wanita setakat ini untuk pulang awal setelah beliau tumpas di tangan pemain Perancis, Clara Blurel, 6-4 6-2.

Burel, yang menduduki ranking ke-51 dunia, belum pernah menewaskan pemain dalam kelompok 10 yang terbaik, tetapi menang dengan selesa dalam tempoh 70 minit untuk mengadakan pertemuan dengan rakan senegara, Oceane Dodin.

Selepas Swiatek mengelak daripada kejutan dengan mengambil mata perlawanan ketiganya menentang Collins, pemain Poland itu menjatuhkan raketnya ke lantai sebelum menyembunyikan kepalanya di bawah tuala.

“Saya mahu berjuang hingga ke penghujungnya. Saya tahu dia (Collins) bermain dengan sempurna tetapi ia sukar untuk sesiapa mengekalkan tahap itu, dan saya ingin bersedia apabila kesilapan muncul daripada belah sana.

“Saya mahu mendorong diri untuk menang, saya berbuat demikian dan saya bangga dengan diri saya sebab ia bukan mudah,” kata Swiatek.

Collins, 30 tahun, mendedahkan beliau berhasrat bahawa musim ini menjadi yang terakhir dalam kerjayanya.

“Saya seperti di penghujung kerjaya saya dan sejujurnya, mereka (kekalahan) tidak begitu menyakitkan,” kata beliau.

“Saya tidak tahu dengan tepat bila, tetapi ini akan menjadi musim terakhir saya dan saya sangat menantikannya,” tambahnya.

Kemuncaknya dalam ranking dunia adalah pada kedudukan yang ketujuh, pada 2022, setelah beliau menewaskan Swiatek dalam separuh akhir di Melbourne Park sebelum tumpas kepada Ash Barty pada perlawanan akhir.

Beliau juga berjaya mencapai ke peringkat separuh akhir di Melbourne pada 2019 dan suku akhir Terbuka Perancis tahun selanjutnya.

“Saya rasa saya mempunyai kerjaya yang agak baik. Pastinya ada naik dan turunnya. Beberapa perkara di luar gelanggang dengan jadual membuat sukan ini sangat sukar,” kata Collins kepada wartawan.

“Saya ada perkara lain yang saya mahu capai dalam hidup saya di luar tenis, dan saya ingin memiliki masa untuk melakukannya. Jelas sekali, mempunyai cahaya mata adalah keutamaan besar bagi saya.”

Swiatek akan berdepan Linda Noskova, 19 tahun, pada pusingan ketiga, selepas warga Czech itu mengalahkan pemain Amerika Syarikat, Mccartney Kessler, 6-3 1-6 6-4.

Sementara itu, pemain pilihan keenam Alexander Zverev terselamat daripada kekecewaan di Terbuka Australia pada 18 Januari ketika bekas peserta separuh akhir itu perlu bertungkus-lumus untuk menewaskan pemain kelayakan dari Slovakia, Lukas Klein, 7-5 3-6 4-6 7-6(5) 7-6(7) dan melangkah ke pusingan ketiga acara perseorangan lelaki. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >