Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Perdana England

Ilkay Gundogan sertai Barcelona secara percuma

Enggan kekal di Manchester City walau ditawar kontrak lanjutan 
Jun 22, 2023 | 11:22 AM



MANCHESTER: Kapten Manchester City, Ilkay Gundogan, akan menyertai Barcelona secara percuma apabila kontrak beliau tamat pada penghujung Jun.


Pemain berusia 32 tahun itu ditawarkan kontrak baru oleh City tetapi beliau difahamkan mendapat tawaran lebih lumayan selama tiga tahun dengan juara liga Sepanyol itu.

Pengurus City Pep Guardiola ingin mengekalkan perkhidmatan Gundogan, tunggak utama kelab yang menyumbang kepada kemenangan ‘treble’ pasukan itu musim ini.

Pemain asal Jerman itu bermain dalam 51 perlawanan untuk City bagi musim 2022/23 dan menjaringkan 11 gol.

Pengaruh Gundogan sangat penting pada minggu-minggu terakhir musim setelah beliau menjaringkan enam gol dalam tujuh perlawanan terakhirnya – termasuk dua gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Manchester United dalam peringkat akhir Piala FA.

Beliau turut bermain untuk seluruh perlawanan dalam peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang mana City menewaskan Inter Milan 1-0 untuk mencatat kemenangan ‘treble’ atau tiga piala, iaitu Liga Perdana England (EPL), Piala FA dan UCL pada musim ini.

Pemergian Gundogan susulan pemindahan pemain tengah Mateo Kovacic daripada Chelsea – pemain asal Croatia itu berpindah ke City dengan nilai pemindahan 30 juta paun ($51.3 juta).

Gundogan menyertai City daripada Borussia Dortmund dengan bayaran 20 juta paun pada 2016 dan membuat 304 penampilan serta menjaringkan 60 gol.

Sepanjang tujuh tahun beliau menyarung jersi City, beliau telah memenangi 14 trofi – lima piala EPL, satu UCL, dua Piala FA, empat Piala Carabao dan dua Perisai Komuniti.

Beliau dilantik sebagai kapten kelab pada awal 2022-2023 berikutan pemindahan pemain tengah Brazil, Fernandinho.

Dalam pada itu, sungguhpun khidmat Gundogan ingin dikekalkan, dari sudut pandangan City, pemindahan itu barangkali terletak kepada dasar kewangan.

Gundogan kini sudah mencecah usia 32 tahun dan walaupun beliau memiliki keupayaan yang tidak dapat ditandingi ramai pemain lain, barangkali beliau tidak dapat mempertingkat lagi prestasi dek faktor usia.

Sebagai pemenang ‘treble’, City berada dalam kedudukan yang kukuh.

Para pemain ingin bermain untuk Guardiola. Kelab itu boleh menarik bakat berprofil tinggi – Kovacic dapat dan bakal melakukan perkara itu.

Gundogan sudah pasti akan disebut-sebut di kelab itu, sama seperti David Silva, Yaya Toure dan Vincent Kompany. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >