Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Impian San Marino menang perlawanan pertama selepas 20 tahun

Mar 21, 2024 | 01:36 PM



CITTA: Selama hampir 17 tahun lamanya sejak kapten pasukan bola sepak San Marino, Matteo Vitaioli, pemain yang paling lama beraksi bagi negara itu mula mewakili pasukan nasionalnya.


Sepanjang tempoh itu, belum pernah beliau meraikan sebarang kemenangan.

Dua dekad dan 136 perlawanan kemudian, negara kelima terkecil di dunia itu hanya mencatat hanya satu kemenangan, dan pernah beberapa kali tewas teruk. Kali terakhir San Marino meraih kemenangan ialah apabila mereka menewaskan Liechtenstein 1-0 pada April 2004.

Terkini, Vitaioli dan rakan sepasukannya tetap gagal mengubah nasib buat negara itu dalam pertemuan dengan pasukan Saint Kitts and Nevis yang berada di kedudukan 147 – berbanding San Marino yang kini di tangga ke-210.

Namun dalam perlawanan persahabatan pada 21 Mac, San Marino tewas 1-3 kepada Saint Kitts dan Nevis.

“Memori paling buruk adalah perlawanan menentang Belanda pada 2011 di padang lawan, yang berakhir dengan keputusan 11-0,” kata Vitaioli kepada BBC Sport.


“Padahal sudah lapan atau sembilan jaringan dibuat pihak lawan, dan masih banyak masa yang tinggal.

“Saya masih ingat para penyokong memberi galakan kepada Belanda agar menjaringkan lebih banyak gol.”

Dikelilingi Italy dengan pemandangan indah gunung Titano, San Marino mempunyai sekitar 33,000 penduduk dan meliputi kawasan seluas 61 kilometer persegi – atau sekitar separuh daripada Manchester di Britain.

Menurut kedudukan terkini Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), pasukan negara itu adalah yang paling teruk di dunia, mencatat 192 kekalahan daripada 201 perlawanan yang dimainkan.

Vitaioli yang berpengalaman telah bermain untuk kali ke-91.

Selaku kapten pasukan, pastinya beliau berhak melahirkan apa yang dirasakannya sekiranya pasukan negara itu mencatat kemenangan yang sudah lama dinantikan.

“Ia bermakna kami berpeluang mencatat sejarah buat pasukan negara ini, justeru ia menjadi matlamat utama kami,” kata pemain berusia 34 tahun itu lagi sebelum perlawanan menentang Saint Kitts dan Nevis.

“Ia mencerminkan satu peluang meninggalkan kenangan yang tidak akan hilang.

“Ia sudah pasti akan diingati pada 2050 dan selepas itu juga,” ujarnya.

Satu-satunya kemenangan San Marino dicatat pada April 2004 susulan kemenangan 1-0 ke atas Liechtenstein, hasil jaringan awal Andy Selva.

Selva merupakan penjaring terbanyak negara itu dengan lapan gol, dan sudah pasti kemenangan itu akan menjadi kenangan buat selama-lamanya.

Penantian itu lantas tidak menjejas para pemain amatur pasukan negara San Marino dan biarpun apa jua keputusannya, mereka tetap melahirkan rasa bangga dapat menyarung jersi negara tersebut.

Baru-baru ini, Vitaioli yang merupakan seorang pereka grafik pada sebelah siang hari, telah menyambut kelahiran anak perempuannya.

Beliau sudah dapat membiasakan diri antara tugas sebagai bermain bola sepak antarabangsa dengan permintaan kehidupan harian.

Ia termasuk menyesuaikan diri dengan latihan pada sebelah malam selepas bekerja.

Meskipun sudah berdekad mereka tidak menang, dan kekalahan yang dicatat sehingga dua angka – paling banyak kepada Jerman (13-0) pada 2006 – dengan tiada langsung peluang untuk layak ke sebarang pertandingan utama, yang pasti, para pemain pasukan itu tetap rendah hati dan kekal bersama.

Ia juga bermakna bahawa sebarang gol yang dijaringkan pasukan itu, meskipun tewas teruk dalam perlawanan atau sekadar seri, dianggap satu perkara besar.

“Saya sudah bersama pasukan ini sejak hampir 20 tahun lamanya. Apa yang penting dalam pasukan kami adalah semangat sepasukan, dengan jumlah pemain yang mencukupi.

“Apabila anda bermain dengan pasukan yang sukar, permainan akan menjadi lebih rumit, dan sekiranya anda tidak boleh bergantung kepada pasukan yang kuat, maka perlawanan itu akan terjejas teruk.

“Kami semua bersahabat yang berkongsi pengiktirafan dan beban,” kata Vitaioli.

Sejauh ini sudah ada tanda kemajuan.

San Marino mengakhiri kemarau gol selama dua tahun untuk menyamakan kedudukan semasa menentang pasukan Denmark pada Oktober, sekali gus mencetuskan kemeriahan dalam kalangan pemain mereka.

Meskipun begitu, San Marino tetap tewas 2-1 kepada Denmark dalam perlawanan tersebut – satu keputusan yang dianggap lebih adil buat mereka.

San Marino kemudian berjaya menjaringkan gol pula semasa tewas 3-1 kepada Kazakhstan dan empat hari kemudian, Filippo Berardi berjaya menjaringkan penalti dalam kekalahan 2-1 di tangan Finland.

“Sekiranya beberapa tahun lalu ada yang menyatakan bahawa saya akan dapat menjaringkan gol di peringkat antarabangsa semasa mewakili San Marino, saya akan katakan yang mereka telah tertipu.

“Lantas untuk menjaringkan gol di peringkat antarabangsa bersama San Marino di sebalik semua isu yang perlu diatasi, bak mendorong semangat saya.

“Anda hanya perlu lihat kepada gol pertama jaringan saya semasa kami menentang Kazakhstan pada 2019.

“Perlawanan hampir berakhir dan kami sedang di belakang dengan jaringan 3-0.

“Namun pemain begitu bersungguh-sungguh untuk menjaringkan gol yang ternyata tidak akan mengubah nasib kami pun,” kata Berardi yang kini merupakan penjaring kedua terbanyak San Marino dengan dua jaringan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >