Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Indian Wells: Alcaraz kalahkan Auger-Aliassime dengan mudah

Mar 11, 2024 | 04:23 PM



CALIFORNIA: Juara bertahan, Carlos Alcaraz, melangkah ke pusingan keempat kejuaraan Indian Wells dengan kemenangan selesa straight-set ke atas Felix Auger-Aliassime.


Alcaraz, 20 tahun, yang merupakan pemain kedua dunia, menang 6-2 6-3 ke atas pemain asal Canada itu dan bakal berhadapan dengan pemain Hungary, Fabian Marozsan, dalam pusingan seterusnya.

Pemain ketiga dunia, Jannik Sinner dari Italy, juga mara selepas menang straight-set ke atas pemain Jerman, Jan-Lennard Struff, 6-3 6-4.


Pemain ke-11 dunia, Stefanos Tsitsipas, pula menundukkan pemain Amerika, Frances Tiafoe, 6-3 6-3.

Alcaraz tidak hilang sebarang set pun semasa menjuarai Indian Wells pada 2023, namun beliau terpaksa bangkit daripada ketinggalan satu set dalam perlawanan pembukaannya menentang Matteo Arnaldi dari Italy.

Beliau tidak menghadapi sebarang kesukaran semasa menentang Auger-Aliassime, yang merupakan pemain ke-31 dunia.

Selepas menang lima perlawanan berturut-turut untuk mengakhiri set pertama dalam 32 minit, Alcaraz meneruskan rentak permainannya dalam set kedua apabila beliau berjaya mengawal perlawanan.

Auger-Aliassime berusaha untuk kekal dalam perlawanan meskipun ketinggalan 3-1, namun Alcaraz terlalu gagah untuknya.

“Ia adalah satu perlawanan yang hampir sempurna buat saya,” kata Alcaraz.

“Saya bermain pada peringkat tinggi, lebih tinggi berbanding pusingan pertama.

“Keyakinan saya telah menurun sedikit, kerana saya dapat rasakannya semasa berlatih setiap hari.

“Tapi saya terus mengekalkan keyakinan setinggi yang saya mampu,” tambahnya.

Marozsan, pemain ke-58 dunia, menumpaskan Thiago Seyboth Wild dari Brazil 6-2 6-2 untuk maju ke pusingan selanjutnya.

Juara Terbuka Australia, Sinner, pula hanya memerlukan 74 minit untuk mengatasi Struff, yang merupakan pemain ke-25 dunia, dan kini akan berhadapan pemain ke-16 dunia dari Amerika, Ben Shelton.

Shelton menang 7-6 (7-5) 3-6 7-6 (7-5) ke atas pemain ke-22 dunia, Francisco Cerundolo, dari Argentina.

Tsitsipas, yang jatuh daripada 10 kedudukan teratas dunia buat kali pertama sejak lima tahun lalu, akan berhadapan Jiri Lehecka dalam pusingan selanjutnya.

Lehecka menewaskan pemain asal Russia, Andrey Rublev 6-4 6-4.

Beliau pemain ke-32 dunia dan ini hanya penampilan keduanya dalam Indian Wells.

Pemain keenam dunia, Alexander Zverev dari Jerman, menewaskan Tallon Griekspoor 7-6 (9-7) 6-3 untuk menghadapi pemain ke-10 dunia, Alex de Minaur dari Australia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >