Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

IOC: Hadiah wang Olimpik tidak adil, hanya untungkan atlet elit

Dec 4, 2024 | 3:10 PM
Mesyuarat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) diadakan di Olympic House, Lausanne, pada 3 Disember.
Mesyuarat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) diadakan di Olympic House, Lausanne, pada 3 Disember. - Foto REUTERS

LAUSANNE (Switzerland): Menawarkan hadiah wang dalam Sukan Olimpik dianggap tidak adil dan ini terbukti dalam temasya di Paris apabila ia hanya menguntungkan sebilangan kecil atlet elit, kata Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 3 Disember.

Dalam langkah yang mencetuskan reaksi bercampur baur, Presiden Atletik Sedunia, Sebastian Coe, mengumumkan pemberian hadiah wang sebanyak AS$50,000 ($67,000) untuk setiap pemenang acara balapan dan padang dalam Sukan Olimpik Paris.

Tidak ada persekutuan sukan lain menawarkan hadiah wang dalam Sukan Olimpik.

Jurucakap IOC, Mark Adams, berkata lembaga eksekutif IOC telah membincangkan topik pengagihan hadiah wang, yang dibangkitkan oleh persekutuan antarabangsa dan wakil atlet, pada hari pertama mesyuarat di Lausanne, Switzerland.

“Ramai yang bersetuju mengenai topik ini. Saya boleh katakan hampir sebulat suara,” kata Adams.

“Ini persoalan mengenai prinsip, kecekapan, dan pengagihan dalam gerakan Olimpik. Hujah terbesar adalah soal keadilan.”

Kenyataan Adams seiring dengan pandangan Presiden IOC, Thomas Bach, kepada AFP pada April.

Usul hadiah wang itu muncul ketika tujuh calon – termasuk Coe – mempergiat usaha untuk menggantikan Bach sebagai ketua badan induk Olimpik tersebut.

“Jika semua pemenang pingat, atlet, dan pasukan dari semua sukan diberikan ganjaran, ini akan melibatkan kira-kira 1,000 atlet dan pasukan yang mendapat manfaat,” kata Adams, di Sukan Paris.

“Mereka kebanyakannya datang daripada apa yang mungkin kita panggil Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) yang dibiayai dengan baik dan istimewa.

“Sekitar 65 peratus pemenang pingat individu dan pasukan yang memenangi pingat datang daripada 15 NOC yang mendahului senarai pingat.”

Menurut Adams, “Ini hanya akan meningkatkan lagi ketidaksamaan yang sedia ada”.

Beliau menambah bahawa lembaga eksekutif berpendapat langkah itu bertentangan dengan misi IOC dan berpotensi menurunkan status Sukan Olimpik menjadi acara eksklusif untuk golongan elit.

“Prinsip ini disokong oleh peserta, terutama oleh wakil persekutuan antarabangsa dan juga wakil atlet. Ia adalah soal parpaduan,” ujar Adams. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg