Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KEMBOJA 2023

Iqbal kalah mengejut, terpaksa berpuas hati dengan gangsa

May 08, 2023 | 05:30 AM



SUDAH bukan rezeki untuk memiliki kemenangan, kata satria Singapura, Iqbal Abdul Rahman, berikutan kekalahan mengejutkannya di tangan wakil tuan rumah Kemboja, Soem Sokdevid, dalam separuh akhir acara seni tunggal putera di Sukan SEA 2023 pada Ahad.



Kekecewaan itu bermakna pemenang pingat emas Sukan SEA dan juara dunia pada 2022 itu terpaksa berpuas hati dengan gangsa kali ini.



Ditemui media Singapura selepas kekalahannya di Dewan E Pusat Konvensyen Chroy Changvar, Iqbal, 30 tahun, berkata:



"Itulah hakikatnya. Saya telah memberikan yang terbaik. Saya gembira dengan prestasi saya."



Persembahan Iqbal meraih 9.935 mata - kurang 0.020 mata berbanding Sokdevid.



Sokdevid muncul juara dalam acara itu selepas mengalahkan pesilat Malaysia, Khairul Shaddad Ardi, dalam perlawanan akhir.



"Saya yakin saya dapat menang tetapi kemenangan bukan milik saya hari ini," ujarnya lagi.



Sukan SEA 2023 adalah penyertaan ketujuh Iqbal dalam temasya sukan dwitahunan ini.



Beliau telah menggondol empat pingat - satu emas, satu perak dan dua gangsa.



Ditanya Berita Harian (BH) sama ada temasya sukan Kemboja adalah penampilan terakhirnya, Iqbal memberi cadangan bahawa beliau belum "tutup kedai" dan menambah:



"Saya masih boleh bersaing dan menyumbang kepada negara… Saya akan kembali lebih kuat."



Sementara itu, srikandi seni tunggal Singapura, Nazurah Yusoff, menebus kekecewaan dalam edisi Sukan SEA yang lalu dengan membawa pulang sebutir pingat gangsa kali ini.



Pada Sukan SEA 2021, yang ditunda ke Mei 2022, beliau terlepas peluang ke separuh akhir selepas goloknya terjatuh semasa persembahan dan dikenakan potongan mata.



Bagaimanapun, nasibnya berbeza di Kemboja kali ini apabila Nazurah, 22 tahun, berjaya ke separuh akhir pada pagi Sabtu.



Meskipun kalah tipis kepada pesilat Indonesia, Puspa Arum Sari, Nazurah, yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Asia 2018, berkata:



"Saya gembira dapat membawa pulang pingat kali ini. Pingat gangsa ini adalah untuk menebus persembahan Sukan SEA lalu."



Persembahan Nazurah dalam separuh akhir dinilai 9.970 mata, berbanding lawannya (9.975 mata).



Gangsa itu turut menjadi pingat pertamanya dalam Sukan SEA.



Sehingga hari kedua persaingan silat di Sukan SEA 2023, skuad Singapura telah merangkul satu emas dan dua gangsa.



Medan pertarungan acara tanding bermula pada 8 Mei.



Pada edisi lalu Sukan SEA di Hanoi, Vietnam skuad silat Singapura membawa pulang empat emas, tiga perak dan empat gangsa untuk mencatat prestasi terbaiknya di temasya sukan itu.



Ketua pegawai eksekutif Persekutuan Silat Singapura (Persisi) Sheik Alau'ddin Yacoob Marican sebelumnya memberitahu BH bahawa empat emas menjadi sasaran negara kali ini.



SUKAN SEA KEMBOJA 2023




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >