Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Irdina Hazly juara kebangsaan boling wanita

Nov 27, 2023 | 03:35 PM



Walaupun Nur Irdina Hazly bertanding dalam acara ‘stepladder’ divisyen terbuka wanita Kejohanan Kebangsaan Singapura pada 25 November sebagai pemain boling kedua pilihan untuk menjuarainya, peluang gadis yang baru berusia 16 tahun itu berbuat sedemikian amatlah tipis.

Lawannya adalah juara dunia 2019, Cherie Tan, dalam separuh akhir dan pemenang pingat emas Sukan SEA 2019, New Hui Fen, dalam final.

Tetapi, Irdina, tidak gentar menentang seniornya yang lebih berpengalaman.

Malah, beliau akur akan statusnya sebagai ‘underdog’ (bukan pilihan) untuk menjadi juara nasional di Temasek Club.

Tiada keghairahan atau sambutan emosi yang dipaparkan, sebaliknya Irdina tetap tenang meskipun selepas kemenangannya disahkan.

“Sejujurnya, saya tidak fokus pada mata dan saya cuba sedaya upaya. Bahkan, jika saya kalah, saya tahu saya telah melakukan yang terbaik.

“Sekarang, saya hanya mahu pulang ke rumah dan membalas mereka yang mengucapkan tahniah kepada saya dalam talian,” katanya.

Menentang Tan dalam separuh akhir, dengan mata terikat pada 201 jatuhan pin setiap seorang selepas 10 pusingan, beliau menahan rasa gementar untuk melakukan empat tumbas (strike) berturut-turut untuk menang 60-50. 

“Saya tidak berasakan apa-apa emosi. Saya hanya pergi ke lorong dan membaling bola. Ia bagaikan pergerakan yang dihafal,” kata Irdina.

Beliau mengekalkan ketenangan yang sama dalam final menentang New, mendahului 199-194 dalam perlawanan pertama sebelum merangkul gelaran itu dengan kemenangan 216-200 dalam perlawanan kedua.

Walaupun pelajar Menengah 4 di Sekolah Sukan Singapura itu sangat menghormati pemain seperti Tan dan New, beliau yakin dengan kebolehannya sendiri.

Beliau berkata: “Mereka konsisten beraksi pada tahap tertinggi, jadi ia agak mengagumkan, tetapi saya mahu menjadi lebih baik daripada mereka. Saya adalah saya, dan saya boleh menjadi versi terbaik diri saya.”

Pada 24 November, Irdina mendapat tempat kedua dalam Kejohanan Kebangsaan Belia, yang diadakan serentak dengan Kejohanan Nasional Singapura. Seramai 761 pemain boling bertanding merentasi semua kategori.

John Faragalla, 18 tahun, memenangi divisyen terbuka lelaki, selepas menewaskan Aiman Lim 201-156 dalam final.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >