Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLET DALAM SOROTAN

Irfan Najeeb kini tonggak benteng Tampines

Jul 03, 2023 | 05:30 AM



Sejak masih kanak-kanak lagi, Irfan Najeeb, sering mengagumi pak ciknya, bekas kapten Home United dan pemain tonggak pasukan negara, Shahril Ishak.

Terpegun dengan suasana riuh-rendah di Stadium Bishan, dengan sorakan pembimbing sorak serta para peminat bola sepak beliau mengambil keputusan untuk mengikut jejak pak ciknya itu.

Sedekad kemudian, Irfan, 22 tahun, kini merupakan antara kesebelasan utama yang tetap untuk Tampines Rovers dan mendapat panggilan kedua bagi pasukan nasional dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada Jun.

Beliau yang merupakan pemain penting dalam jentera pertahanan Tampines, telah banyak menyumbang kepada pasukan itu dalam kempen musim kali ini.

Gawang gol Tampines sejauh ini hanya melepaskan 10 gol sejak permulaan musim Liga Perdana Singapura (SPL).

Beliau yang telah beraksi dalam semua perlawanan Tampines dalam musim ini, ingin terus memantapkan persembahan dan mengekalkannya di peringkat kelab dan negara.

Dalam laporan The Straits Times, beliau berkata:


“Kami masih berpeluang merebut kejuaraan dan saya ingin jadi pemain terbaik untuk membantu pasukan ini mencapai apa yang kami inginkan.

“Saya amat berhati-hati agar tidak lakukan sebarang kekasaran yang tidak perlu. Bagi saya setiap perlawanan itu patut diambil kira dan saya ingin bermain dalam setiap perlawanan dalam musim ini.”

Irfan yang menganggap dirinya pemain pertahanan tengah semula jadi memuji jurulatih pasukannya, Gavin Lee, di atas pencapaian itu, sambil berkata bahawa jurulatih itu mempunyai cara untuk mendapatkan yang terbaik daripada para pemain.

Beliau menambah: “Bukan mudah untuk jadi sebahagian daripada kesebelasan utama kini kerana saya mengalami banyak kecederaan dan saya tidak yakin pada diri sendiri pada tahun lalu. Tapi keluarga saya serta para jurulatih percaya kepada saya dan saya tidak akan kecewakan mereka.”

Meninjau perjalanan Irfan sebagai seorang pemain, Lee berkata:

“Apabila Irfan kembali ke pasukan kami selepas keluar daripada Young Lions, beliau berada dalam fasa sukar dan tidak mendapat masa permainan yang diperolehinya seperti kini.

“Kami mengadakan banyak perbincangan sukar sebelum ini dan beliau begitu positif dengan perbincangan tersebut.

“Irfan yang kita lihat kini hasil daripada kerja kerasnya sepanjang dua tahun. Beliau amat terdorong dan sentiasa terbuka dengan maklum balas dan itulah ciri yang penting.”

Semasa pertemuan dengan Lion City Sailors dan Hougang United, Irfan prestasinya baik apabila beliau ‘mengunci’ para pemain sayap pasukan lawan sehingga sukar pihak lawan mendapat ruang untuk bergerak.

Malah beliau begitu yakin dan berani memberi tekanan untuk mendapatkan bola meskipun dari belakang pemain lawan.

Dengan tidak secara langsung, ia mengurangkan ancaman daripada pihak lawan.

Pak ciknya, Shahril, 39 tahun, yang bersara pada Februari berkata:

“Setiap tahun saya lihat Irfan bertambah baik dalam permainannya tapi apa yang penting adalah beliau konsisten.

“Ini cabaran penting buatnya.

“Semua anggota keluarga gembira dengan kemajuannya dan saya percaya yang beliau bekerja amat keras untuk mencapai ke peringkat beliau pada masa kini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >