Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain bola sepak nasional Jared Gallagher buru pengalaman di Ireland

Jun 21, 2023 | 05:54 PM



Pemain bola sepak bawah 23 tahun nasional Jared Gallagher, yang berdarah kacukan Irish, kini sedang menyertai latihan dengan kelab divisyen teratas di Ireland, Sligo Rovers.

Beliau, 21 tahun, telah berada di sana sejak 18 Jun dan akan kekal di sana sehingga tempoh latihan berakhir pada 3 Julai.

Sligo Rovers adalah antara kelab paling berprestij di Ireland, memenangi tiga gelaran Divisyen Perdana Liga Ireland, lima Piala Persatuan Bola Sepak Ireland (FAI) dan dua Piala Liga.

Gallagher, yang ibunya kelahiran Singapura dan bapanya warga Ireland berkata:

 “Ia adalah peluang yang luar biasa untuk berlatih di sebuah kelab terkemuka di Eropah, apatah lagi untuk pasukan yang begitu dekat di hati saya dan keluarga saya.”

Pemain pasukan bawah 23 tahun nasional Singapura itu tekad memburu pengalaman baru dan berharga ketika berlatih di luar negara. 

“Mereka (Sligo Rovers) bermain gaya bola sepak yang berbeza di sini, pada tempo yang lebih tinggi dan lebih fizikal. Jadi, saya ingin belajar sebanyak yang mungkin daripada pemain serta bagaimana untuk mengawal diri menentang lawan,” tambah Gallagher.

Rookbook Sports, agensi bola sepak yang menguruskan Gallagher, juga berasa teruja dan berharap peluang latihan itu dapat membantu meningkatkan mutu permainan pemain belia tersebut.

Peluang latihan itu telah diluluskan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), menurut Roobook Sports.

Pengarah urusan Rookbook Sports, Vikram Jayakumar, berkata:

“Menyusuli peluang latihan Ong Yu En dan Fathullah Rahmat di Korea Selatan, kami melihat peningkatan dalam perwatakan dan permainan keseluruhan mereka. Oleh itu, kami ghairah untuk melihat pembangunan Jared di Sligo.”

“Jared seorang yang cepat belajar dan sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik, dan kami pasti beliau akan meraih pengajaran berharga di dalam dan di luar padang,” tambah Vikram.

Ditubuhkan pada 1928, Sligo Rovers kerap bermain dalam pusingan kelayakan pertandingan teratas Eropah seperti Liga Juara-Juara Uefa sebagai tunjang utama bola sepak Eropah.

Kelab milik penyokong itu terkini mengambil bahagian dalam musim 2022-23 Liga Persidangan Uefa, terutamanya menewaskan pasukan gergasi Scotland, Motherwell dalam pusingan kelayakan kedua.

Legenda bola sepak England, Dixie Dean dan kapten Everton, Seamus Coleman pernah menyarung jersi kelab Ireland itu.

Penglibatan Gallagher dengan Sligo Rovers bermakna beliau terlepas beraksi dalam dua perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL)

Beliau antara tunggak skuad Young Lions dan telah 12 kali diturunkan dalam kesebelasan utama dan menjaringkan dua gol pada musim ini.

Pada Disember 2022, pemain Tampines Rovers Ong dan Fathullah dari Tanjong Pagar United telah berlatih bersama pasukan belia kelab Liga 1 Korea, Incheon United dan Suwon Samsung Bluewings. Mereka juga berlatih bersama skuad senior pasukan Liga 2 Korea Cheonan City semasa tempoh dua minggu mereka.

Young Lions, yang buat masa ini tercorot di tangga terendah SPL seramai lapan pasukan, akan menentang Brunei DPMM pada 24 Jun sebelum berdepan Albirex Niigata pada 1 Julai. – ZULAIQAH ABDUL RAHIM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >